27 February 2009

Muhasabah Masa dan Usia

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw..

Hari ini(27Feb09),merupakan ulangtahun kelahiran adik saya,Ahmad Ibrahim..baru 19 tahun,'kecik' lagi rasanya...Kaklang doakan dengan penuh kasih sayang,semoga segala apa yang Achik buat mendapat faedah kepada diri sendiri dan orang lain dan yang paling penting,mendapat keberkatan Allah dan ibu bapa..semoga Achik menjadi doktor yang cemerlang,ameen..



Bercakap berkenaan usia,baru-baru ni ada terbaca buku La Tahzan versi Melayu..saya tertarik dengan satu tajuk tentang masa kosong kita,dan sesuailah untuk direlatekan dengan masa dan usia kita..Dr Aidh Abdullah Al-Qarni berjaya relatekan,macam mana masa kosong dan lapang kita mampu membawa kita kepada kemusnahan hidup..:

Usirlah kekosongan dengan kesibukan.

"orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini,biasanya akan menjadi bahan gossip dan desas-desus yang tidak bermanfaat.Ini kerana,akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah..Dan
"mereka suka tinggal bersama-sama orang yang ditinggalkan..(kerana uzur)" (At-Taubah:87)""

"Saat paling berbahaya bagi akal ialah apabila pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa.Orang seperti itu,ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi,tanpa pemandu;akan mudah terhuyung hayang.."

"Apabila pada suatu hari anda mendapati diri anda menganggur tanpa kegiatan,bersiaplah untuk bersedih,gundah dan cemas!Sebab dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu,menyesali kesialan masa kini,hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami..Dan itu,membuat akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan.Maka dari itu,saya nasihatkan kepada anda dan diri sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan.Kesimpulannya,membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.."

"Menganggur dapat melalaikan diri,dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri profesional,sedangkan akal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.."

Hadis Nabi saw:
"Antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya.."

Saya teringat kata-kata Dr Mustafa Al-Bugha dalam kitab karangannya Al-Wafi ketika mengulas tentang hadis ni,mafhumnya:
menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang tak berkaitan ni(including buang masa kosong),akan melalaikan seseorang daripada menunaikan kewajipan dan tanggungjawab sebenar mereka..itu tanda kelemahan fikiran dan bukti kita ni tak ikut pun akhlak Nabi Muhammad saw,sebab baginda tak pernah berhenti daripada bekerja pun..tidur setiap hari pun berapa jam je,sebab risaukan tanggungjawab yang banyak terhadap Islam..dan sibuk dengan something yang tak berkaitan juga merupakan tanda-tanda ketidakcukupan sifat seorang Muslim dalam diri seseorang tu(berdasarkan hadis ni)..


Dr Aidh Al-Qarni menyeru lagi:
"Kerana itu,bangkitlah sekarang juga,kerjakan solat,baca buku,bertasbih,mengkaji,menulis,mengemaskan meja kerja,mengemaskan bilik tidur,atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu!Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.."

Jom muhasabah balik,umur kita selama 21tahun ini(saya la),apakah yang telah kita buat?banyak masa kosong ke atau semua masa kita terisi dengan perkara yang bermanfaat?..dan umur kita yang mendatang,yang belum tentu pun panjang ke tak lagi,jangan kita biarkan ia kosong..jangan biarkan masa pemuda kita berlalu begitu sahaja,yang membawa kepada penyesalan pada masa akan datang..

Ingatlah nasihat Rasulullah ni:

"Di antara tanda-tanda Allah berpaling daripada seseorang ialah Dia(Allah) menjadikan kesibukannya pada perkara yang tidak berkenaan dengannya..",dalam erti kata lain;buat kerja tak berfaedah sampai lupa diri dan tanggungjawab..semoga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara seumpama itu.wallahua3lam

p/s:kerja-kerja dalam checklist semua tak bertanda lagi nih,huhuhu..bila la nak habis tanda semua yang dalam checklist tuh..