27 April 2009

Tetamuku saudaraku

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

“Senyum anda di hadapan saudara anda adalah sedekah. Jangan menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun hanya menampakkan wajah yang berseri(senyum) saat anda bertemu dengan saudara anda“.

(Riwayat Muslim)


p/s-renungan buat diri saya sendiri dan kawan-kawan :)

26 April 2009

Dari Mata Turun Ke Hati

Dengan nama Allah Yang Mencipta Mataku dan Tubuhku..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.


Dari mana datangnya lintah
Dari sawah turun ke kali
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati


apabila kita bangun pagi.apakah perkara pertama yang kita buat lepas baca doa bangun pagi?gosok gigi?tidur balik?

cuba try ni pulak.
bangun pagi,gosok-gosok mata dulu.
cuba kita tengok cermin.tengok mata kita sendiri.tatap dalam-dalam..
sambil tatap-tatap,sambil kita renung.penciptaan mata kita.renung dan berfikir.siapa yang cipta.siapa yang beri mata kita.

cuba bayangkan,kalau mata kita takda.tak payah bayang dua-dua takda,bayang sebelah takda pun cukup.rasa sengsara tak?

oleh itu ucaplah alhamdulillah.bersyukurlah.ingatlah Allah yang beri kita sepasang mata yang indah ni.

dari mata,akan jatuh ke hati.maka akan datanglah rasa cinta.cinta kepada Pencipta mata kita.cinta kepada Allah Yang Satu..

Dari mana datangnya lintah
Dari sawah turun ke kali

Dari mana datangnya cinta

Dari mata turun ke hati

dari mana datangnya cinta kepada Allah?dari mata kita pun boleh :)
jom kenal Allah dengan mata kita.

kemudian barulah kita boleh gosok gigi dan teruskan aktiviti kita.mulakan pagi kita dengan mencintai Allah.memuji Allah.

lihatlah bagaimana pantun melayu mengajar kita untuk bercinta :)
bercinta dengan Pencipta mata kita..

sebuah riwayat dari hadis Qudsi,ketika Nabi Daud tanya kepada Allah: "wahai Tuhanku,kenapa Kau ciptakan alam ni?" Allah jawab:"Aku ibarat harta tersembunyi.Aku ingin Aku dikenal,maka Aku cipta agar Aku dikenal.." (hadis ni dikenali sebagai hadis Kanzul Makhfi)


23 April 2009

Assalamualaikum

Dengan nama Allah Yang Maha Memberi Hidayah..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..


sekadar pemberitahuan,
saya telah menukar nombor hp,
nombor baru +962799826831 (line Zain) is now activated.
nombor lama +962777839138 (line Orange) sudah tidak active lagi insyaAllah.
(saya suka nombor 8 dan 9 tu sebab nampak banyak 8 dan 9:))


"Sesungguhnya benar itu ketenangan dan dusta itu keraguan.."-hadis riwayat Tirmizi

07 April 2009

Saya Nak Jadi Orang Beruntung

Dengan nama Allah Maha Pemurah,Maha Penyayang.selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw tercinta..

Alhamdulillah..bersyukurlah kita atas segala nikmat yang telah diberi oleh Allah.nikmat sihat,nikmat bernafas,nikmat masa lapang..dan yang paling penting nikmat Iman dan Islam.

Tiba-tiba saya lapar.lepas makan terus saya rasa kenyang.alhamdulillah.

Bila saya rasa haus,saya minum air sejuk.fresh punye.lepas tu tekak pun lega,hilang rasa haus.alhamdulillah.

Malam-malam saya selalu menggigil lagi-lagi time winter.sejuk.terus on kan sobah,bungkus masuk dalam selimut tebal.aaaaah,suam...panas,dah tak menggigil dah.alhamdulillah.

Kadang-kadang bila selesema,hidung asyik tersumbat je.tension!.nak study pun kena bernafas guna mulut.last-last sapu Vicks banyak-banyak kat hidung.terus boleh bernafas.alhamdulillah.

Siapa yang jadikan saya kenyang?siapa yang membuatkan rasa haus saya hilang?siapa yang membuatkan saya tak rasa sejuk lagi?siapa yang bagi saya bernafas dengan elok balik?adakah semuanya terjadi secara semulajadi?

Allah..Allah..Allah..

Allahlah yang buat saya rasa kenyang.Allah yang buat haus saya hilang.Allah yang bagi badan saya panas balik.dan Allah jugalah yang melegakan hidung saya yang tersumbat.

Allah.Dia Tuhan Pemilik badan saya..saya tak berkuasa pun atas badan saya,tapi Dialah yang berkuasa.semua itu terjadi sebab Dialah yang buat ia terjadi.

Dan sepatutnya 'semulajadi' itu tidak wujud,sebab semuanya Allahlah yang aturkan dan arahkan untuk ia berlaku.


Merugilah saya jika saya tidak menyedari hakikat ini.hakikat bahawa Allah itu berkuasa ke atas saya.hakikat bahawa seluruh tubuh saya adalah milik Allah.

Maka dengan sebab itu saya tak boleh guna tubuh badan saya dengan sewenang-wenangnya.sebab nanti Tuan saya soal saya balik.

Dan yang paling penting..
sebab badan saya sendiri pun bukan milik saya..tak malu ke saya?


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu SUBHANALLAHI WA BIHAMDIH,SUBHANALLAHIL 'AZEEM " [HR Bukhari&Muslim]