20 June 2010

To Dad


ImageChef.com Flower Text

my love for you will grow more and more *love* !

Happy Father's Day Ayah !



.

My Love Ones

11 June 2010

Allahussomad



Ya Allah,andai Kau takdirkan untuk aku mati,matikanlah aku dalam keadaan syahid dan berjuang hanya untukMu,di atas jalanMu,mempertahankan keesaanMu,bertuhankan Engkau ya Allah..

Ameen Ya Rabb

(untuk kalian para syuhada',yang telah bersungguh-sungguh dan ikhlas mempertahankan keesaan Allah dan keagungan Islam,di mana sahaja kalian dimatikan..ketahuilah..kalian telah melunaskan janji2 kalian pada Allah...dan sungguh Allah akan membalasi janji yang telah kalian ikatkan pada Allah..syurgalah tempat kalian...dan semoga kami menuruti jejak kalian..Al-Fatihah)



.

09 June 2010

Allah tak redha = sia2

saje je nk komen sket ade petikan seorang sahabat..dia kata:

"Bercinta kalau tak bermatlamat utk perkahwinan hanyalah sia-sia.."

betul.

dan saya nak menambah..

"tapi kalau sepanjang jalan ke gerbang perkahwinan,melakukan perkara yang Allah tak redha juga adalah sia-sia.."

pendek kata,apa-apa yang bertentangan dengan syarak,elakkanlah dari membuatnya...kalau tak sia-sia sahaja...apa pun sahaja niat anda..

ini peringatn untuk diri saya especially..

p/s:esok start exam Finals seperti berikut..:

10/6 -Internal Med

13/6 -Paediatrics

16/6 -Surgery


doakan..dan semoga Allah permudahkan ^_^


.

05 June 2010

Mati itu Pasti


Harini ade sebuah kisah yg ingin dikongsi..kisah benar..semoga ada pengajarannya bagi yang berfikir..

Kjadian berlaku pd hari Rabu aritu,lpas exam mini-OSCE surgery..

lpas je bas biru hospital bergerak,tibe2 ade seorang 'sheikh' ni tibe2 bangun dr tmpat duduk die terus bagi tazkirah n ceramah sikit..tajuk sabar dan shukur,..pastu adela dia bagi hadis2 ngn ayat2 Quran sket..

pakcik ni duduk btul2 kat kerusi depan tmpat duduk yang aku duduk..pastu die mundar mandir kedepan kebelakang bagi tazkirah dengan penuh expression,khusyuk dan tawaduk..

ntah nape tibe2 beberapa ketika lpas die dok bagi tazkirah tu,satu perasaan yg sgt2 buruk dtg msk dlm hati dan jiwaku...sangat2 sangat2 x sedap..

perasaan yg mmbuatkan muka aku jadi pucat,badan berpeluh2..mulut terkumat-kamit baca istighfar taubat x henti2...terus mengucap syahadah byk2 kali..

xtau syaitan mana dah cucuk aku time tu n dari mana ntah dtg feeling tu tp yg pastinya mmg aku sgt2 rasa ketakutan yang amat dahsyat..

nk tau ape feeling yg aku tgh rasa time tu?

ntah nape aku tibe2 rasa yang 'sheikh' tu adelah seorang suicide bomber!astaghfirullah,kalini mmg aku mengaku yang aku ni dh sgt2 su'uzhon(bsangka buruk) ngan dia..aku dok fikir yang lepas je dia habis bagi tazkirah tu,terus dia nak letupkan diri dia dan seluruh isi bas tu..

dan mestilah aku yang paling hancur skali sebab aku duk dekat ngan dia..ya Allah!apa yang aku fikir time tu adelah aku akan mati!!mmg takut sgt perasaan menunggu kematian tu..tu baru perasaan,belum yg betul2 punye..astaghfirullah..terus rasa menyesal naik bas tu,astaghfirullah lagi skali.

-------
tapi sharing ngan pakcik2 yang baru balik dari penjara Israel semalam mmg membuatkan aku fikir panjang..buat aku berfikir balik perasaan sepanjang perjalanan pulang dalam bas tu...

mereka semua itu adelah pejuang2 yang dikurniakan Allah perasaan tidak takut mati langsung!menurut mereka mmg kuasa besar Allah,takde langsung perasaan gentar atau takut time zionis Israel duk tembak2 orang atas kapal Mavi marmara time tu..diorang rase relax dan tenang je di sebalik suasana yang kacau bilau tu..

subhanallah.inilah perasaan orang yang telah mempersiapkan diri mereka awal2 untuk mengadapi kematian yang pasti..

"pengalaman berhadapan dengan org yg tak takut mati ini mmg sangat luarbiasa. mereka pergi, kalau mati alhamdulillah. kalau tak mati kita pergi sekali lg. Allahuakbar. hebatnya."-dipetik dari blog Faiz Hijriy merujuk kepada pakcik2 tersebut..

masha-allah!


antara pakcik2 yg ada atas Mavi Marmara
(courtesy of Abu Malik Studio)


-----

di saat semalam itu,baru aku tersedar...
sebenarnya aku telah dijangkiti dengan satu penyakit iaitu "wahan"..
orang yang berpenyakit wahan ni seperti apa yang disebut kan oleh nabi sebagai orang yang cintakan dunia dan TAKUTKAN MATI !!

ya Allah,astaghfirullah..selama ni kakak naqibah asyik cerita pasal penyakit wahan ni,selama ni asyik duk ingatkan adik2 dlm liqa' spy jauhkan diri dari penyakit wahan ni..tapi bila diuji oleh Allah pada realitinya ya Allah,memang perit!

maka benarlah bahawa keimanan itu bukan sekadar teori,tapi perlu dan akan diuji!dan pada hari itu kata2ku selama ini benar2 diuji Allah.

sebab apa ada penyakit wahan ni.sebab semua orang xbersedia dengan amalan masing2..smua bekalan macam kosong je nk bawak balik g akhirat nanti..

ya Allah,memang perasaan takut mati time tu rupanya sebab aku punya amal is not enough utk dibawa pulang..terbayang2 di saat itu dunia dan aku terputus! dah tade lagi chance utk buat amal..dah tade lagi chance nak bertaubat..dah tade lagi chance nk mintak ampun dan maaf kat mak ayah ngan semua orang..hanya syurga atau neraka je yg tinggal!amal2 yg Allah redha pun aku xtau dah buat ke belum..

ya Allah terima kasih atas hikmah,perasaan dan teguran yang Kau berikan atas bas dan dalam solah petra semalam..Kau uji aku dgn feeling buruk itu,kemudian Kau datangkan pakcik2 tu untuk mngingatkan aku bahawa mati itu suatu kepastian...cuma bila,bagaimana dan dimana tidak diketahui..bila2 masa saje Allah buleh tarik nyawa ni,putuskan dari dunia,iaitu tempat buat bekal dan amal utk balik ke Allah nanti..maka bersiap siagalah sentiasa...

jom,siapkan diri kita..buatlah amal dan bekal kita banyak2..tarbiyah2 jugak,dakwah jangan lupa..sebab bila kite dah preparekan diri utk alam akhirat nanti,bila2 masa Allah nak amik nyawa kita pun xpe..penyakit takutkan mati pn hilang...

ya Allah,jauhkan aku dan ahli keluargaku dan seluruh kenalanku dari penyakit wahan ni..ameen

(afwan kalau tulisan agak comot,terlalu short-form dan penggunaan bahasa xsedap ye..moga pengajaran diambil sama2)


.