27 March 2009

Missing Them

Dengan namaMu Ya Allah,Yang Maha Menyatukan Hati-Hati Manusia..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw..

hari-hari saya semenjak dua menjak ini tersangat-sangatlah penuh dan sibuk..sehingga saya rasakan 'rumahtangga' saya sendiri pun saya tak sempat nak jenguk sangat..hanya mampu selesaikan apa yang tercapai dan termampu je..housemates pun saya rasa macam dah lama tak jumpa walaupun duduk serumah..siang balik kelas,malam keluar balik..hujung minggu apatah lagi..dari pagi ke petang..moga segala urusan saya dan kawan-kawan dipermudahkan oleh Allah,dan semoga semua usaha dan kerja ini dikira sebagai ibadah dan diberkati oleh Allah..dan semoga housemates saya faham dan memaafkan saya atas perkara ini..(n_n)


sebenarnya...

dalam sibuk-sibuk tu pun..

saya..

saya..

saya sangat merindui mereka..dah lama nak sebut,tapi segan.hihi..rindu ahli-ahli Balqis+Hamra' huhu..kalau keluar rumah je,rasa nak balik cepat-cepat :))..takpe,lepas ni bila semua dah free,kita pegi jalan sama-sama insyaAllah..

Indeed, You’ve known
that these hearts have bonded
forgather under Your love’s shelter
gathering in obidience
allied in struggling
uphold Your order in this life
Strengthen the bonds
everlast the loves
show the ways
enlighten with Your light
which never inextinguishable
O Lord.. guide us
broaden our hearts
with grant of belief
and the beauty in trusting to You
revive us by knowing You
give us death as the martyr in Your path
You’re the Protector and Defender

(lagu Doa Rabithah-Izzatul Islam-english translation)

Nabi saw pernah cakap:
"Kalau seseorang tu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya.." [HR Abu Daud & Tirmizi]

tapi saya tak pernah cakap pun yang saya cinta kat mereka..

kawan-kawan;ziela leya dayu noni ain ayman..uhibbukunna fillah!!(i love u all)

p/s: suka sangat lagu ni Doa Rabithah tu..mengingatkan kita bahawa ukhwah tu bukan pada jasad..tapi pada hati, yang berukhwah kerana Allah..jadi bila badan ada ke takda ke,hati akan sentiasa merindu kat kawan-kawan kita..dan siapa-siapa yang sayang kat kawan-kawan dia,jangan lupa cakap kat mereka ye..!


hajar,
hujan renyai-renyai,
9:19pm,Irbid.


23 March 2009

Noni dah 22 tahun..!!

Dengan nama Allah Yang Maha Menghidupkan dan Mematikan..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..



23 Mac 2009:Sanah Helwah Ya Jamilah!Selamat Hari Lahir yang ke 22 tahun buat Noni,housemates rumah keduaku iaitu Hamra'..semoga Allah memanjangkan umurmu..dan selamat berjaya dalam setiap urusanmu..semoga terus tabah menghadapi hari mendatang.ameen..(hadiah lain hari la yek,hihi).

p/s: selamat ulangahun kelahiran juga buat Tasha,21 Mac aritu kot..semoga Allah merahmati umur Tasha..all the best untuk UGS!

20 March 2009

gempa bumi/earthquake ('',)

Dengan nama Allah Yang Maha Pemberi Rezeki..selawat dan salam ke atas junjungan tercinta Nabi Muhammad saw..

forwarded message from Bayan;

"Alhamdo lellah we win,plz tell ur friends.jazakomollahoo 5ayran.-Bayan"

Allahu akbar!..majoriti meningkat tahun ni,alhamdulillah syukran lillah..
Islam is the only solution..(n_n)


19 March 2009

JUST Intikhabat Day 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw..

Hari ini,19 Mac 2009..Hari Mengundi JUST 2009..berduyun-duyun orang datang mengundi..walaupun jam dah menunjukkan hampir pukul 4petang,saya dan Nik sanggup juga datang ke JUST untuk mengundi,heee..demi kecintaan terhadap lajnah tibb basyari :):):)



"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu sebagai ketua sebahagian yang lain. Sesiapa di kalangan kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya ia jadi golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim". (al-Maidah:51)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan (pemimpin Atau ketua) orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahlil kitab yang sebelum kamu dan (jangan kamu jadikan) orang kafir sebagai ketua dan takutlah kepada Allah, jika kamu sungguh-sungguh orang beriman". (al-Maidah : 57)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang kafir itu sebagai ketua/teman akrab (pemimpin); padahal mereka itu bukan dari kalangan Mukminin; apakah kamu mahu mangadakan satu alasan yang nyata bagi Allah buat (menghukum) kamu?". (al-Nisa' : 144)


"Berilah khabar kepada orang munafiq, iaitu orang yang mengangkat orang kafir sebagai pemimpin -bukan dari kalangan Mukminin. Patutkah mereka mencari kemuliaan daripada mereka itu?Sesungguhnya kemuliaan itu semuanya bagi Allah". (al-Nisa' : 138-139)


"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mangambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin, jika mereka memilih kafir daripada iman. Sesiapa mengangkatnya menjadi pemimpin di kalangan kamu, nescaya dia adalah orang yang zalim". (al_Taubah : 23)



"Tunaikan KEWAJIPAN anda..Salurkan kepada yang BERHAK"



p/s: abaikan tulisan-tulisan dalam gambar di atas yer,tak jumpa gambar asal..jadi letak je la gamba yang diedit..hihi..by the way,banner/muffler tu diberi oleh calon kutlah pada tahun 2007+2009 iaitu Ihsan Al-Qaisi..tu yang bangga sikit tu..*peace*


15 March 2009

Tag:Buku

Dengan nama Allah Maha Penyayang..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw..

Nampaknya saya telah ditag oleh adik manis yang saya kasihi,Nisah Ishak..jarang/malas sebenarnya nak main tag-tag ni,tapi sebab Nisah ni adik yang saya sayang(hihi),lagipun tag yang ni macam bermanfaat je,jawab je la eh..

1. tunjukkan gambar muka depan buku yg awak baca baru kejap td sblum ngadap pc (guna pc cam pun bleh)


ditakdirkan Allah,saya memang tengah baca buku ni sebelum mengadap laptop tadi,sebab time tu Piah tengah guna laptop saya..

2. citer ar skit pasal buku tu!

nama buku ni Salah Faham Terhadap Islam tulisan Syed Qutb..ada juga dalam arab dia iaitu Syubhat Haulal Islam,tapi lagi mudah faham kalau baca dalam bahasa sendiri kan..(tapi of course la lagi 'zouq' kalau baca tulisan asal iaitu dalam Arab)

buku ni sebenarnya milik mak saya time dia belajar kat UM dulu,tu la warna agak kuning sebab dah lama..

secara kasarnya buku ni membincangkan tentang segala jenis salah faham,tohmahan-tohmahan,tuduhan-tuduhan masyarakat umum terhadap Islam serta bidasan/hujah-hujah bagi melawan salah faham tu..

3. Anda minat atau tpaksa baca buku tu?

tak rasa terpaksa pun..sebab buku ni memang interesting+penting pun untuk dibaca..lama-lama mendatangkan minat :)

4. cabar sekurang2nya 4 org jawab tag anda!

saya pun macam Nisah jugak,jarang/tak pernah pun tag orang..jadi nak tag 10 jugak..huhu

1. Abangku Yusuf
2. Ustaz Hasmadi
3. Ustaz Arman
4. Ainul Arina
5.Lya Hany(huhu,jawab je dalam blog enti yer,hihi)
6.Asma Haslan
7.Dalila aka Deloq
8.Kak Jui
9.Kak Timah
10.sape-sape nak jawab tag ni,bolehla..

p/s: orang-orang kat atas tu,kalau tak jawab pun takpa,saje je letak nama cukup syarat,hihi~

5. letakkan link diorg kat blog anda! tu jerk.....sonang kan?

semua dah ada kat sebelah..


Finish!!alhamdulillah..