salam alayk.
Alkisahnya,
Ketika mana Noni dan Faezah nak pulang ke Malaysia.kami pun berwida3-wida3an lah dengan Noni depan umah dia sambil tunggu Faezah datang bawa teksi dari umah dia di seberang jalan sana.
Borak punya borak,sekejap tu faezah pun sampai dengan sebuah teksi berwarna kuning,dan dalam teksi tu dh penuh dengan beg faezah.Faezah keluar sambil cakap.."bonet penuh,kena letak beg kat depan.."
Dengan perasaan geram dan macam nak marah,bersuarakan suara sengau dan serak-serak(sebab tengah batuk n selsema),ku bersuara kat pakcik teksi:''Knape buleh penuh?awak patut tau yang diorang nak pegi airport,awak kena la ready2 kosongkan bonet.Nak letak barang..!"
Ain,Dayu dan lain-lain dah tersengih-sengih,tergelak-gelak tengok gaya orang yang tengah sakit ni,suara pun keluar tak keluar je,tapi masih ada hati nak mengamuk kat orang,hehe..sebenarnya diorang tau dah sebab apa.
Sekali Faezah menyampuk.."Hajar,ni aku baru tahan kat depan tu la..ktorang nak pegi Mujammak Amman la,bukan airport.ktorg naik bas.."
Adoi,termalu la pulak!
"Lain kali,bagi salam dulu..ye.." balas Dayu sambil senyum-senyum perli.
Adoii!kata-kata tu betul-betul tertusuk kat hati..
Moral of the story:
Bukankah Islam dah mengajar kita untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia,dan bersopan santun dengan orang lain.. :)
Drpd Abu Dzar Jundub bin Junaadah dan Abu Abdur Rahman Mu'adz bin Jabal r.a drpd Rasulullah s.a.w bersabda:Bukankan kita telah berjanji setia mengatakan Nabi itu akhlaknya mulia,dan the most perfect role model,sekaligus kita akan mengikut untuk berakhlak seperti akhlak nabi..
"Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada.Dan susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu.Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."
Hadis riwayat Tirmizi.
Imam Ahmad dan Abu Daud meriwayatkan drpd Rasulullah s.a.w:
"Orang yang paling baik di antaramu ialah orang yang paling baik akhlaknya."
Sabda Nabi lagi:
"Baikilah akhlakmu bersama orang"Dalam lafaz yang lain"Baikilah akhlakmu sekadar kemampuanmu.."
"Demi sesungguhnya!Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik"-(Al-ahzaab:21).Tapi kenapa masih lagi susah untuk kita berakhlak dengan akhlak yang mulia dalam kehidupan kita sehari-harian? Sama-sama kita renungkan.....
No comments:
Post a Comment