Tulisan oleh:Nur Azleen Mohd Azlan
Bismillah & Sollu 'AlanNabiyy
..Life has its ups and its downs..
4 bulan futur adalah sesuatu sangat bermakna tapi tak mahu diulang, naudzubillah.. Apa itu futur..?? Futur bermaksud "jatuh", "melepaskan diri" dll..
Tugas kita di bumi yang sangat besar ini, perlukan seseorang yang tak jauh hatinya dari Allah, sebab tugas itu sendiri diberikan olehNya sebagai Pencipta kita. Tugas utama yang mewajibkan seseorang menjaga tarbiyah dirinya supaya tak mengalah sebelum tamat. Sumber kekuatan dalaman, sepertiga hening malam dan puasa mengikat hawa nafsu yang jauh lebih besar dari perut.
Jalan tarbiyah & dakwah ini rupanya tak pernah senang.. Ditaburi mehnah, dan ujian, dalaman serta luaran. Kalau tapak kaki nak lalui duri hingga ke hujung sana, pastikan minta kekuatan untuk terus memijak sepenuh hati dari Allah, biar luka, dan robek kulit itu, asalkan RedhaNya tak menjauh pergi.
Wahai pemuda, futurmu tak boleh lama, sebab setiap detik itu menitik pergi tak kembali.. Andai kau tahu nilai yang kau telah baziri dengan kefuturanmu itu, pastilah akan kau paksakan juga dirimu. Seka air mata lalu, bangunlah kembali, dan teruskan larianmu. Allah mendengar rintihan taubatmu, yakinlah, inshaAllah.. Bulan-bulan yang kau lalui dalam futurmu, jadikan ia pengajaran.. Semat kemas dalam hati agar menjadi sejarah yang tidak berulang..
Menitip kata-kata ini dari bibir manusia paling mulia, Ar-Rasul, Muhammad bin Abdullah s.a.w tatkala diri baginda diberi Kalamullah Adzim pembuka tugas penyebar Ar-Risalah, laailaha illalAllah..
"telah berlalu waktu tidur"..
Bukan hanya bagi Baginda, tapi kini juga bagi daku, dan kita semua..
"....Alhamdulillah kepada yang memberi kami hidayah ini, kerana sudah tentu kami tidak mendapat hidayah jika Allah tidak mengizinkannya..." (Al - 'Araf : 43)
No comments:
Post a Comment