18 April 2011

Aqsa Syarif Le Tour D'Europe..JOM!


Aqsa Syarif Le Tour d’Europe adalah sebuah program jelajah Aqsa Syarif Berhad ke negara-negara Eropah untuk bertemu pelajar-pelajar Malaysia. Antara negara-negara yang yang akan dijelajah adalah:

* Rusia
* Perancis
* Republik Czech
* Jerman
* Poland

Untuk Le Tour d’Europe kali ini, Aqsa Syarif akan mengadakan kerjasama dengan persatuan-persatuan pelajar berikut:

* Persatuan Perubatan Islam Malaysia Moscow Student Chapter
* Persatuan Perubatan Islam Malaysia Volgograd Student Chapter
* Persatuan Perubatan Islam Malaysia Nizhny Student Chapter
* Malaysian Students Association of France (MASAF)
* Czech Republic Malaysian Students Association (CzeMSA)
* Malaysian Student Society of Poland (MSSP)

Aqsa Syarif sebelum ini juga pernah membuat jelajah yang sama ke United Kingdom, Ireland, United States of America, Jepun dan Korea Selatan dengan kerjasama persatuan-persatuan pelajar di setiap negara sepertiIKRAM UKEire, Malaysian Islamic Study Group, US (MISG), Aspiring Malaysian Rijal Jepun (AMIR) dan Aspiring Malaysian Rijal Korea (AMIR).

Jelajah ini bertujuan untuk meningkatkan kesedaran dikalangan pelajar Malaysia di luar negara dan mengumpul sumbangan untuk rakyat Palestin.

Semoga program ini dapat membangkitkan solidariti di kalangan para intelektual muda Malaysia di sekitar Eropah untuk berjuang bersama dengan rakyat Palestin.

Jadual Aqsa Syarif Le Tour d’Europe:

- RUSSIA: Kedutaan Besar Malaysia di Moscow (11 April 2011)
- RUSSIA: Nizhny Novgorod (12 April 2011)
- RUSSIA: Volgograd (13 April 2011)
- FRANCE: Toulon (17 April 2011)
- CZECH: Olomouc (19 April 2011)
- CZECH: Hradec Kralove (20 April 2011)
- CZECH: Prague (21 April 2011)
- JERMAN: Hannover (23 April 2011)
- POLAND: Warsaw (24-28 April 2011)


untuk maklumat lanjut buleh lawat laman web ni :

http://aqsasyarifeuropetour.blogspot.com/

http://www.aqsasyarif.org.my/

p/s:sesiapa yg berade kat tempat yg berkenaan,bulehla join2 yer...rugi x join,,,byk kefahaman boleh dapat :))

p/ss:Tour ni xsampai ke Jordan..lain kali mungkin,insyaAllah :)

16 April 2011

Pada debu-debu yang bertebaran..


Sajak ini ditulis oleh Kak Aishah Muharikah(klik sini untuk tengok blog dia) pada hari terakhirnya di Irbid..sungguh kedatangannya membawa erti yang sangat besar pada diri ini..semoga dapat bertemu dengannya lagi inshaAllah..

Untuk ahlul bayt Al-Aadiyaat
Mun,Cik Smak(Asma),Nik,Hajar

Pada debu-debu yang bertebaran
Pada bahangnya matahari yang memancar
Pada juga bunyi-bunyian hon di jalanan

Terdapat ibrah berharga
Pada makna permusafiran ini

Al-Aadiyaat
Seperti mana juga kuda-kuda berlarian
Pantas untuk dakwah
Begitu jugalah ahli bayt ini

Moga terus berlari
Atas kalimah Allah
Hidup
Memperjuangkan agama-Nya

Sayang fillah@Muharikah,1 April 2011,Al-Aadiyaat

p/s:Al-Aadiyaat: nama rumah kami di Irbid


jazakillahu khairan jazaa' pada Kak Muharikah yang datang dengan penuh keikhlasan untuk memberi pencerahan kepada kami di sini..Ilalliqaa' insyaAllah..