27 December 2008

Aidil Adha 6

dengan nama Allah yang Maha Pemurah..salawat dan salam untukmu Nabi Muhammad saw..

11 Disember

plan hari ini hanyalah ke balad..jadi tak perlulah untuk keluar rumah awal-awal pagi,dapatlah rehat sikit..lepas zohor,kami ke balad..Sue nak cari alas meja untuk mak dia..dan jubah lelaki untuk ayah dan adik-adik lelakinya..di Jordan ni,alas meja dan sarung-sarung bantal sofa memang cantik..harga pun boleh tahan..saya tak pernah beli jubah lelak
i kat sini,jadi kedai-kedai jubah memang susah nak cari..tapi sebenarnya banyak je kat balad ni,kene tanya..saya tanya kat pakcik kedai alas meja tu,apa nama jubah lelaki tu..namanya 'dishdash'.dan dia pun tunjukkan arah ke kedai 'dishdash',dekat rupanya..memang cantik,banyak pattern..nanti nak balik Malaysia,kena singgah kedai 'dishdash' ni..

balik dari balad,saya bawa Sue ke Syari' Jami'ah..ke Rivera(macam salah j
e eja)..nak beli barang Laut Mati(garam,lumpur,etc)..first time pergi kedai ni sebenarnya..Ziela Lya selalu la datang sini :) banyak la barang Laut Mati kat sini..dan kalau datang Jordan,tak sahla kalau tak bawa balik garam Laut Mati,especially bawa balik ke Malaysia(Malaysia takda Laut Mati,hihi)..nak beli kat Laut Mati tu sendiri memang mahal..Syari' Jami'ah pun ada..

malam tu ada sambutan Raya Haji Permai dan walimah Amir dan Kak Zay(Kak Zay sangat comel malam tu).teringat kat sambutan Raya Haji tahun lepas :) pengorbanan;manifestasi keagungan cinta~


syukran Lillah kerana telah memudahkan urusan hambaMu pada hari ini..

No comments: