28 December 2008

Aidil Adha 7

dengan nama Allah yang Maha Penyayang..selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw..

12 Disember

hari terakhir Sue di Jordan..malam tu lagi Sue dah siapkan begnya..cari kotak untuk isi popcorn yang ada 3 bekas tu :) kira-kira jam 1 petang,saya ditemani Lya,Ziela dan Dayu,bertolak bersama-sama dengan Sue untuk ke Amman..kami sampai di Amman kira-kira jam 230 ptg,dan dari Mujammak Tabarbur,Sue mengambil bas ke airport berseorangan..wida' kami hanyalah di mujammak itu,dan masing-masing melambai-lambai tangan sambil melemparkan senyuman..bersyukur kepada Allah,kerana dikurniakan ukhwah semanis madu ini..semoga berjumpa lagi Sue..(balik Malaysia,jumpa lagi..rumah dekat je,hihi)

dan kami,ada plan sendiri>>pergi Mecca Mall lagi!!!sampai-sampai,kami terus solat,makan dan memulakan 'ekspidisi' kami..saya tak beli barang sangat and just looking around,keriangan..tanpa menjangkakan ada ujian Allah yang akan bertandang..lepas makan tu,kami ke kedai kasut(Dayu nak beli but),singgah Max dulu,tengok-tengok baju,sebelum ke Miles..di Miles,time nak bayar kat kaunter,saya perasan ada sesuatu yang tak kena...wallet saya takda dalam beg!!cari lagi,korek lagi..tenang-tenang,cari Lya..takda..cari Ziela,takda..Dayu,pun takda..eh mana pergi semua orang ni?baru je ada tadi...terus saya capai handset,call Dayu..lupa yang handset dia dah habis bateri..call Lya,tak angkat..call Ziela pun tak angkat(terus saya su'uzhon yang diorang ni saja nak sorok wallet,pastu nak main nyorok-nyorok kot..astaghfirullah!)..berat ujian ni..

dah wallet takda,saya pun tinggal je la barang-barang tu..sekali pandang kat luar Miles tu,nampak mereka melambai-lambai,dah ada kat luar rupanya..terus saya berlari ke arah mereka.."wallet takde!!",saya cakap..terkejut muka sorang-sorang..terus saya rewind balik,pergi mana,beli apa,singgah mana..,masa ni memang saya rasakan yang ini adalah balasan untuk diri sendiri,sebab ada buat salah petang tu,huhu..tarbiyah dan teguran dari Allah..

semua check dalam beg masing-masing,semua buka plastik barang(barang paling banyak Dayu la,hihi)..takda juga wallet..saya masuk balik Miles,cari balik wallet kat lantai,kot la terjatuh..takda juga..lepas tu,semua sepakat patah balik ke kedai makan,sebab saya yakin lepas bayar kat kedai makan tu,memang tak bawa keluar wallet tu dah,sebab tak beli apa-apa sampailah kat Miles..

saya dan Dayu ke kedai makan,Ziela dan Lya ke kedai kasut..tanya orang kedai,cari kat lantai..takda juga..pergi ke setiap kedai yang kami masuk tadi,tanya dan tanya,cari dan cari,tak jumpa..patah balik ke kedai makan,tanya pekerja kat situ lagi,dia kata memang takda..pastu dia suruh kami pergi ke security room kat tingkat 2,kami pun pergila sana,report and describe pasal wallet saya tu dan orang tu suruh kami stay dulu,jangan balik lagi sebab dia nak pergi check kamera litar..lepas dah report,kami turun ke Max sebab tadi ada masuk Max tengok-tengok baju..takda juga..pastu tanya kat guard Max tu,dan dia pun ambil report pasal wallet tu beserta isi dalam wallet tu(duit,kad bank SC&HSBC,iqamah tamat tempoh,hawiyah,lain-lain tak penting saya cakap),dan akan cari,kalau jumpa dia akan telefon handset saya..sepanjang jalan tu saya berdoa,harap-harap jumpa balik..duit takde takpe,asalkan kad bank dan iqamah ada,leceh sini nak kena block-block bank kalau kad hilang.lagi la leceh kalau nak report iqamah hilang..dan sempat saya hantar sms ke mak saya,minta dia block kan HSBC account saya kat Malaysia..

kami berhenti solat,sebelum sambung balik cari wallet plus tanya perkembangan kat security room tu..semua orang dengan yakinnya mengatakan yang bas balik Irbid masih ada lagi,tapi jam dah pun menunjukkan jam 930 malam(mana ada bas dah time ni)..keluar-keluar je musolla,nampak kelibat orang yang dikenali..alamak,syabab melayu la..dalam hati,"habislah kami.."..tapi nak buat macam mana,takdir Allah kami kena stay disebabkan dugaan yang tak dapat dielakkan lagi..time dalam musolla tu ada la juga kami buat plan,kalau takda bas,nak tidur mana..mereka bagi cadangan cari hotel yang murah..saya bagi cadangan tidur rumah Ust Arman(cadangan orang yang hilang wallet,hihi)..tak kesah je kalau tidur hotel,tapi mereka kena bayar la dulu sebab saya tak da wallet..lepas kami check security room,orang tu kata dia jumpa wallet hitam,wallet merah tak da(wallet saya warna merah gelap)..rupanya ada orang lain yang hilang wallet juga..

nak tak nak memang kami terpaksa pulang..jam dah pukul 10 lebih,ada ke lagi bas??lagi satu hal nak cari tempat stay malam tu kalau bas takda..memang dugaan yang Allah kasi sangat berat..alhamdulillah Ziemah pernah kasi nombor Ust Arman,jadi saya pun terus call ustaz(tu maknanya,kami tak tidur hotel..save duit)..ustaz jawab dengan dengan suara yang baru nak masuk tidur(sori ustaaaaz)..setelah 4 tahun lebih tak kontek dengan ustaz,akhirnya pada malam tu.....saya katakan pada ustaz,memohon untuk tumpang tidur di rumahnya kalau bas balik Irbid dah takda..ustaz kata ok,takda masalah..

maka kami ke mujammak Tabarbur dulu,mengharapkan yang bas masih available..tapi memang takda..terus saya call ustaz,cakap memang kami akan bermalam kat rumah ustaz malam tu..ustaz bagi address,pakcik teksi drive..susah juga malam-malam ni,pakcik teksi tu pun terpaksa call kawan dia untuk tanya tempat tu plus bertanyakan direction kat guard perumahan..alhamdulillah jumpa kawasan 'Durghabar'..syari' Syakirin 1,raqam 4..isteri ustaz yang sambut kami,kesian dia tengah-tengah malam menyambut ketibaan anak-anak gadis yang takda arah tujuan ni..huhu..syukur kepada Allah yang memudahkan kami..kami borak-borak kejap dengan ustaz dan ustazah Suriyani,lepas tu ustaz suruh masuk tidur dan rehat..

malam tu kami muhasabah sama-sama sebelum tidur(especially saya),salah dan silap kami sepanjang hari tu..sehingga diingatkan oleh Allah dengan ujian sebegini rupa..dan disebabkan saya..,Dayu,Lya dan Ziela juga terpaksa stay kat Amman..Dayu yang ada exam beberapa hari lagi,Lya Ziela yang ada exam juga,semua merebahkan diri..kepenatan..masing-masing memang tidak menjangkakan akan bermalam di Amman hari tu.Dayu mesej housemates dia mengatakan yang dia tak akan pulang ke rumah malam tu.terima kasih yang tak terhingga buat mereka kerana masih sudi bersama-sama dengan saya,memberi bantuan dan semangat time masalah dan dugaan datang menimpa,terharu pulak kat korang :)

dan saya,amat bersyukur dengan apa yang berlaku,bersyukur kerana Allah menegur kesalahan yang saya buat(biarlah rahsia),dan menyedarkan saya dari terus membuat kesalahan..dan saya juga bersyukur,sebab kami dapat tidur di rumah Ustaz Arman malam tu,hihi(ustaz yang ajar saya,Sue dan kawan-kawan Maahad bahasa Arab kat sekolah dulu)..mungkin takdir Allah saya tak dapat berjumpa dengan beliau sekeluarga time raya hari tu,sebab Allah nak suruh saya datang ke rumahnya malam ni :)

2 comments:

Hanisah Ishak M.D said...

salam.

kak hajar yang saya kasihi,
entry akak ini mengingatkan kembali akan kisah saya.
kisah kita sama, mungkin,

beg duit saya hilang sewaktu pulang dr mesir.

sungguh balasan Allah itu sungguh cepat.

Moga Allah ampunkan dosa2 kita y telah lalu dan y akan dtg.

tapi betullah, sy xkisah pun duit tu hilang, tp ketenangan hati untuk redho dalam setiap ujian itu yang lebih berharga.

dengan bermulanya awal muharram esok, semoga y buruk2 itu kita tinggalkan jauh ke belakang.
dan y baik2 itu kita sama2 teruskan.

nsmujahidahnmnor said...

huhu..siannye haga..apepon..moga tabah hati yerk..

haga..camne dlm dompet tu leh ade iqamah mati plk??x pass kt ajk yg urus iqomah ke??
nik da dpt iqomah baru pon..:D

pngjrn lagi, bende yg salu kene cek sblmm kuar dr sesebuah kedai ialah, hs n wallet..laen2 x kesaa..hehe..