26 April 2009

Dari Mata Turun Ke Hati

Dengan nama Allah Yang Mencipta Mataku dan Tubuhku..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw.


Dari mana datangnya lintah
Dari sawah turun ke kali
Dari mana datangnya cinta
Dari mata turun ke hati


apabila kita bangun pagi.apakah perkara pertama yang kita buat lepas baca doa bangun pagi?gosok gigi?tidur balik?

cuba try ni pulak.
bangun pagi,gosok-gosok mata dulu.
cuba kita tengok cermin.tengok mata kita sendiri.tatap dalam-dalam..
sambil tatap-tatap,sambil kita renung.penciptaan mata kita.renung dan berfikir.siapa yang cipta.siapa yang beri mata kita.

cuba bayangkan,kalau mata kita takda.tak payah bayang dua-dua takda,bayang sebelah takda pun cukup.rasa sengsara tak?

oleh itu ucaplah alhamdulillah.bersyukurlah.ingatlah Allah yang beri kita sepasang mata yang indah ni.

dari mata,akan jatuh ke hati.maka akan datanglah rasa cinta.cinta kepada Pencipta mata kita.cinta kepada Allah Yang Satu..

Dari mana datangnya lintah
Dari sawah turun ke kali

Dari mana datangnya cinta

Dari mata turun ke hati

dari mana datangnya cinta kepada Allah?dari mata kita pun boleh :)
jom kenal Allah dengan mata kita.

kemudian barulah kita boleh gosok gigi dan teruskan aktiviti kita.mulakan pagi kita dengan mencintai Allah.memuji Allah.

lihatlah bagaimana pantun melayu mengajar kita untuk bercinta :)
bercinta dengan Pencipta mata kita..

sebuah riwayat dari hadis Qudsi,ketika Nabi Daud tanya kepada Allah: "wahai Tuhanku,kenapa Kau ciptakan alam ni?" Allah jawab:"Aku ibarat harta tersembunyi.Aku ingin Aku dikenal,maka Aku cipta agar Aku dikenal.." (hadis ni dikenali sebagai hadis Kanzul Makhfi)


No comments: