19 December 2008

Aidil Adha 1

bismillah..Maha Besar hanya padaMu ya Allah,selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw..

minggu cuti Aidil Adha yang lalu merupakan minggu yang agak sibuk bagi..kalau diikutkan,setiap kali cuti raya Aidil Adha pun merupakan minggu yang sibuk..contohnya Aidil Adha tahun lepas,program Sinar Tadhiyah 1428h sudah cukup membuatkan diri saya sibuk,sampai nak tolong mana-mana yang patut kat rumah pun tak sempat..mujur ahli bayt memang memahami saya yang memang cukup 'busy' time tu..dan pada tahun ni,sahabat rapat saya sejak sekolah lagi,Raja Suhaili(atau lagi mesra dengan panggilan Sue)telah berkunjung ziarah ke bumi Anbiya Urdun ni..hati mana yang tak gembira pabila sahabat yang memang rapat dengan saya,duduk sebelah-sebelah dalam kelas 4 Ar-Razi dan 5 Ibnu-Sina,sama-sama jaga KOOP time rehat dengan uniform purple kami,dicampak pula lepas sekolah ke bumi Anbiya'..tetapi beliau diberi rezeki untuk ke Alex,Egypt..dan saya pula ditakdirkan ke Irbid,Jordan yang sangat saya syukuri ini..dan saya alu-alukan kedatangan beliau ke sini dengan mengajaknya untuk menginap di rumah saya sepanjang percutiannya di sini..

6 Disember

sesampainya beliau di Irbid kira-kira jam 230pagi disambut dengan cuaca sejuk di sini,tambahan pula rumah saya yang merupakan rum
ah tingkat bawah,menambahkan lagi kesejukan menggigil(dan saya pun tak beli lagi gas sobah,hihi)..

pagi tu lepas semua dah bangun,tempat pertama yang kami pergi adalah:QAL'AH AJLOUN(Ajlon Castle)..Qal'ah Ajloun merupakan salah satu kubu Salahudin Al-Ayubi,seorang pejuang Islam terkenal kerana telah berjaya membuka Baitul Maqdis..beberapa gempa bumi yang melanda bertahun-tahun dahulu telah merosakkan struktur binaan istana ni..apabila melihat istana ini sahaja sudah cukup untuk kami membayangkan bagaimana kehebatan pejuang-pejuang Islam pada zaman itu,dengan strategi melawan musuh mereka yang kami kira sudah cukup canggih pada ketika itu..ditambah pula dengan keimanan dan ketakwaan yang tinggi kepada Allah yang menjadi rahsia kepada kejayaan pejuang-pejuang terdahulu..


salah satu strategi Islam pada ketika itu ialah 'main entrance' mereka yang berlapis-lapis seperti gambar di atas..jika dilihat pada gerbang di pintu masuk istana itu,terdapat 3 lapisan dinding,di mana di antara dinding itu digunakan untuk mencurah minyak panas bilamana musuh masuk..akan ada orang yang menjaga di atas gerbang itu,dan apabila musuh masuk menyerang,mereka akan mencurah minyak panas dari celahan dinding gerbang tu..hebat kan?
kami pulang ke Irbid sekitar zuhur dan sampai-sampai je terus merehatkan diri..sebab petang tu saya dan ahli bayt telah dijemput oleh tuan rumah untuk ke 'wedding' anak mereka,Dr Imad(doc orthopedics kat Hosp Basma) dengan Dr Sumaiyah(dentist) pada jam 7pm..sekitar lepas Maghrib saya,Lya,Ziela dan Dayu bawa Sue jalan-jalan dulu di Syari3 Jami'ah sebelum kami berangkat ke Qa'ah Andalus dengan menaiki teksi 5 orang ke Qa'ah Andalus tapi rupa-rupanya silap tempat..sebenarnya 'wedding' tu kat Qa'ah Masaya,kira-kira 100m dari Qa'ah Andalus :)

perkahwinan arab,memang bes..dancing yang diorang perform time majlis tu memang mantap dan unik!!walaupun dihidangkan sepotong kek je(alhamdulillah..),tapi kami berjaya stay kat situ sampailah majlis habis kira-kira jam 9pm dan sempatlah wish 'mabruuk' kat family tuan rumah kami tu..tahniah buat Ummu Hassan sekeluarga dan tahniah jugak buat Dr Imad dan Dr Sumaiyah :):):)

lepas tu semua orang pun dah letih dan akhirnya...zzzz~

No comments: