27 December 2008

Aidil Adha 5

dengan namaMu ya Allah,Tuhan Yang Maha Agung..selawat dan salam keatas utusanMu Muhammas saw..

10 Disember


hari ini perancangan kami hanyalah ke Amman..memandangkan tem
pat-tempat penting di Jordan ini sudah kami lawati..tujuan hanya satu>>SHOPPING!!tapi shopping barang Sue la,memandangkan Sue pun nak balik ke Alex lagi 2 hari..dan tempat shopping kami juga hanyalah satu>>MECCA MALL!!(mana lagi..hihi)..Ayman dan Dayu pun ikut jugak..syukran ye sebab temankan kami..

di Mecca Mall,round-round macam biasa..makan pun macam biasa,harga standard Mecca Mall la,huhu..singgah PrimeStore,beli buku..(asal datang Mecca Mall je mesti beli buku,sebab best kot buku-buku kat situ)..'main' kedai yang kami singgah ialah Al-Afghani,kedai tu memang jual souvenirs Jordan,memang murah dan best,senang..bawa Sue kat situ je,boleh borong semua :)

-kembar Sundus dan Bisan di musolla Mecca Mall

kami penduduk tempatan ni pun ada barang dari Mecca Mall..POPCORN TLC!!(asal datang je Mecca Mall mesti kami beli popcorn ni..siap beli yang 5dinar punya lagi,tak main yang 2dinar tu je,hihi..flavor biasa yang dibeli>>choc,caramel,berry,double butter..rainbow pun sedap)..Sue pun beli juga,siap 3 bekas lagi,hihi..

kami dah set time,mesti balik before 7 pm..satu,sebab bas dah takda lepas 7pm..lagi satu,hari ini bakal jadi detik bersejarah buat dua sahabat kami,Amir dan Kak Zay yang bakal membina masjid bersama-sama,memandangkan Amir adalah syabab batch kami,maka kami juga dijemput ke majlis pernikahannya yang akan bermula jam 8malam..tak ketinggalan,Sue juga dijemput sama untuk ambil pengalaman :)

alhamdulillah,sampai Irbid dalam jam 645 malam..kami balik rumah dulu dan siap-siap apa yang patut..

dan alhamdulillah,syukur ke hadrat Allah,majlis tu berjalan lancar,dengan bantuan batch 2005 dan batch 2004..ayah Kak Zay sendiri datang dari Malaysia untuk menikahkan mereka berdua..adik Kak Zay pun ada juga(pandang adik Kak Zay,teringat kat Didi..cuma Didi macam lagi pemalu je,hihi)..suasana malam tu memang 'sempoi' tapi mengharukan..saya sendiri terharu bila khutbah nikah dibacakan oleh Ust Mujahid,dan bilamana Kak Zay bersalaman dengan ayahnya dan mencium tangan beliau,suasana jadi senyap..mungkin ada beberapa amanat yang diberi oleh ayahnya,yang diamati satu-satu oleh Kak Zay..wajah ayahnya nampak tenang,redha melepaskan anaknya pergi..dan akur bahawa lepas dari detik itu,anaknya itu akan ditarbiyah oleh suami pula..time tu memang dah takleh tahan..huhu,teringat kat muka ayah,terus airmata keluar..rindu pulak kat ayah,semoga Allah beri kesihatan yang terbaik untuk ayah..

tapi malam tu,yang paling tersenyum lebar mestilah pengantin lelaki!!..tak stop-stop senyum,lebar je sengih..happy dapat Kak Zay eh?..memang bertuahla siapa-siapa yang beristerikan Kak Zay tu..apa-apa pun alf mabruk diucapkan untuk Amir dan Kak Zay.."Barakallahu lakuma, wa barak ‘alaikuma, wa jama’a bainakuma fil khair"..

No comments: