21 December 2008

Aidil Adha 3

bismillah..segala puji bagi Allah Yang Maha Esa,selawat dan salam ke
atas Nabi Allah,Muhammad saw..

8 Disember
Allahu Akbar Allahu Akbar Allahu Akbar walillahilhamd..alhamdulillah,pada hari ini umat Islam bersama-sama menyambut hari Raya Haji dan kepada para hajah dan haji,semoga diberi haji yang mabrur insyallah..pada hari ketiga Sue di sini,tiada tempat yang kami lawati kerana ingin merasai suasana raya masyarakat Irbid di sini..kami bangun seawal pagi lagi,untuk mengelakkan kelambatan menunaikan solat sunat raya..tapi perempua
n,siapnya bukan main lambat..maka sekali lagi kami terlambat untuk menunaikan solat raya..asalnya plan kami adalah untuk ke Masjid Abdullah Taal,tapi time keluar rumah je terus dah dengar iman angkat takbir,maka kami shift plan ke Masjid Faiha',dekat sikit kot..berlari-lari anak kami ke sana,tapi sampai-sampai je dah nampak makmum sampai ke pintu luar dan imam pun dah masuk rakaat kedua..hmmm,tapi sempatlah kami mendengar khutbah pagi raya tu..

balik dari masjid,kami memilih laluan lain(digalakkan untuk tukar laluan jalan balik),rumah first yang kami pergi.......HAMRA'!!(dikira rumah first ke tu??hihi)..dija
mu dengan Nasi Tomato.lepas tu straight Balqis+Sue+Hamra' memulakan perjalanan ziarah raya kami dengan harapan untuk ziarah ukhwah kerana Allah,bukanlah ziarah raya nak makan-makan(harapnyelah :))antara rumah yang kami ziarahi ialah Bayt Iffah,Yara dan Al-Fateh..bilangan rumah tak banyak,tapi jangka masa kami berada di setiap rumah tu yang menjadikan kami balik lebih kurang time Maghrib..semua pun dah penat,tambahan pula kami diberi tugasan untuk wedding Kak Zay nanti,maka kami pun mengambil keputusan untuk pulang..pada hari yang sama juga,ramai kawan-kawan Maahad Hamidiah yang berkunjung ke rumah ustaz Arman di Amman..agak sedih sebab tak dapat bersama-sama dengan mereka,tapi takpe,lain hari boleh melawat lagi,biiznillah..(tapi sedih jugak sebab tak dapat bawa Sue jumpa Ust Arman,sebab time sekolah dulu,kami memang rapat dengan ustaz,siap pernah belanja makan Nasi Beriyani kat fasa 4 tambahan lagi..hihi)


malam tu pulak,adik-adik 1st year,2nd yr dan 3rd yr pulak datang ziarah kakak-kakak diorang ni(tak lupa juga kepada kakak-kakak tahun 5 yang datang menziarahi kami malam tu),hihi..dan malam tu juga,kami berkumpul ramai-ramai untuk menjahit pouch potpuri(tugasan yang diberi oleh Kak Faeza untuk wedding Kak Zay nanti)..Mae dan Mun yang datang beraya pun tolong jahit juga:) terima kasihla kepada semua yang sudi membantu..tengah jahit-menjahit tu,sempatlah juga kami habiskan movie 2 jam:) berselitkan tazkirah dan borak-borak ilmiah(insyallah)..tak sempat siap pun pouch potpuri tu,hamra'dan yang lain-lain selamat pulang,dan sekali lagi tidur kami adalah tidur yang lena,mungkin kerana penat..semoga Allah merahmati kerja,ukhwah dan aktiviti kami sepanjang hari..ameen

kullu 'am wa antum bikheir dan Selamat Aidiladha kepada semua!

No comments: