bismillah..segala puja puji bagi Allah,selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw..
7 Disember
pada hari kedua Sue di Jordan,destinasi pertama yang dipilih untuk kami lawati ialah UMM QAYS..perjalanan yang bermula kira-kira jam 8 pagi dari Irbid hanya mengambil masa kira-kira 1 jam..Umm Qays terkenal dengan sejarah Tasik Tobari,di mana dikatakan Dajjal akan bangkit lalu menghirup kesemua air dari tasik itu,wallahua'lam..alhamdulillah cuaca sangat baik pagi tu,masuk-masuk je kat main entrance,dah boleh nampak tasik..sangat luas dan besar,subhanallah..(time first time saya datang first year dulu,langsung tak nampak kelibat tasik pun disebabkan cuaca yang agak berkabus..kali ni masuk-masuk je dah terus nampak..alhamdulillah)..Umm Qays suatu masa dulu pernah diduduki oleh masyarakat Uthmaniyah(ottoman),tapi sebelum tu pernah diduduki oleh masyarakat macam-macam..kalo tengok kat binaan Umm Qays ni,boleh nampak 2 jenis warna batu,warna putih(menunjukkan zamam Uthmaniyah dan warna hitam(zaman sebelum-sebelum tu,dibuat dari batu gunung berapi)..
selepas kira-kira 1jam15 minit berada di Umm Qays,kami mula bergerak untuk ke JERASH pula..perjalanan kami yang mengambil masa hampir 2 jam itu akhirnya membawa kami ke sebuah bandar yang sibuk,penuh dan padat dengan kenderaan dan orang awam(mungkin sebab esoknya raya haji kot)..sampai-sampai je,kami terus solat dulu sebelum memulakan ekspedisi :) harga tiket Jerash agak mahal(student Jordan=0.50JD,kalau student dari luar Jordan=8JD),tapi Sue dapat harga Jordan,sebab saya tunjuk hawiyah(student ID) saya dari jauh dan orang tu pun tak check sangat :)
kali kedua saya ke Jerash,tujuan saya kali ini adalah untuk mencari tiang-tiang yang dikatakan 'moving all the time' walaupun kita tak nampak tiang tersebut bergoyang-goyang..mungkin bila first time saya datang dulu,saya tak 'pay attention' kat orang yang bagi penerangan pasal tiang-tiang ni..Dayu kata dulu memang tourist guide tu tunjuk(dengan meletakkan sudu dan sudu tu bergetar-getar)..dan kali ini saya jumpa tiang-tiang tersebut tapi tak dapat menunjukkan bukti yang ianya bergoyang-goyang..saya pinjam seorang tourist guide dari group tourists yang ada kat situ untuk bertanyakan tentang tiang tersebut,dan kata beliau memang tiang-tiang itu sebenarnya bergoyang..dan disebabkan ke'busy'an beliau melayan tourists beliau,maka tak sempatlah nak tunjuk bukti tiang tu bergoyang-goyang(saya pun malas nak kacau lagi,sebab bukan saya yang bayar untuk tour guide tu,jadi tak baiklah pulak..)..cuma ada tambahan dari beliau,tiang tu bergoyang 'due to flexibility'..yakni batu tiang itu telah dicampurkan dengan bahan plumbum yang telah membuatkannya flexible..hmm,lepas ni kena bawak Dayu pulak,suruh dia tunjuk tiang goyang-goyang tu..
selesainya saya solat Asar di Jerash,kami meneruskan pula perjalanan menuju ke LAUT MATI(Dead Sea)yang mengambil masa kira-kira 2 jam,dan plan kami adalah untuk melihat sunset(dan sampai-sampai,memang baru nak Maghrib,jadi memang cun lah view time ni)..time-time sekolah dulu,selalu juga dengar pasal Laut Mati ni..rasanya time belajar subjek Geografi kot..cikgu selalu sebut,"tempat yang paling rendah sekali kat dunia ni ialah Laut Mati ye anak-anak murid.."..
tapi selain terkenal disebabkan ianya adalah kawasan paling rendah di dunia,ada 1 sejarah lain yang perlu kita tahu,malah sewajarnya untuk kita ambil pengajaran daripada sejarah tersebut..suatu ketika dahulu,kaum Nabi Lut pernah menduduki tempat ini..oleh kerana kedegilan dan kejahilan mereka melakukan maksiat (minat dengan kaum sejenis atau bahasa lainnya homoseksual) dan kesombongan mereka menerima dakwah Nabi Lut as,maka Allah telah menurunkan azab dan bala kepada mereka..Allah telah membalik-balikkan mereka beserta tanah yang mereka duduki..kisah kaum Nabi Lut diceritakan dalam Al-Quran surah Hud:77-83..wallahua'lam(by the way,Laut Mati juga merupakan salah satu tasik/laut yang menjadi perebutan antara Jordan dan Israel,disebabkan Jordan ni kekurangan air dan Israel pulak cakap Laut Mati tu diorang punya..dan dari Laut Mati,boleh nampak jelas Israel/Palestin yang berada di seberang sana)
kira-kira jam 6malam,kami bersiap-siap untuk pulang ke Irbid..sepanjang perjalanan pulang,dapatlah kami merasai suasana orang Arab nak beraya,banyak terserempak dengan kawasan kampung yang macam pasar malam,penuh dengan orang ramai yang sedang sibuk membeli belah untuk raya..alhamdulillah sampai rumah dalam jam 9lebih malam..Sue siap-siap untuk masak kuah kacang(yang memang sedap)..saya yang sepatutnya menolong housemates masak untuk raya esoknya,terus merebahkan diri sampai tengah malam..pagi esok tu baru mula tolong balik apa yang patut..syukur lillah dikurniakan housemates yang memang memahami,tengkiu2..hihihi
No comments:
Post a Comment