9 Disember
plan hari ini pada mulanya adalah untuk ke Syria..tetapi plan berubah pada saat akhir disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan oleh kami,manusia yang kerdil lagi hina ini(termasuklah iqamah saya yang dah mati lebih sebulan yang lalu-kalau tak,kene bayar la jawabnya..)jazakallah kepada seorang sahabat kepada sahabat saya di Syria yang telah dimaklumkan mengenai kedatangan kami di sana dan sudi membantu,tetapi akhirnya ziarah kami terpaksa di'cancel'kan..Allah Knows Best..
maka pada hari ini,kami bersiap-siap untuk ke PETRA dan WADI RUM..perjalanan ke Petra yang memakan masa selama hampir 6 jam bermula jam 6pagi menyebabkan van berhenti beberapa kali di perjalanan..ada yang nak ke toilet,ada yang nak beli makanan,hentian pemeriksaan polis dan sebagainya..ragam manusia,macam-macam..sampai-sampai,muka semua nampak letih,walaupun perjalanan jauh ke dalam Petra itu sendiri belum pun bermula..tiket masuk untuk student Jordan=1 jd,manakala luar dari Jordan=21 jd!!tapi kesemua kami(Jordan 2 orang,dan non-Jordan 3 orang)mendapat harga 1 jd disebabkan pemeriksaan hawiyah yang tidak ketat,alhamdulillah jimat sikit duit Sue..
Petra,atau dikenali juga dengan nama 'the Red Rose City' kerana warna batu dan tanahnya yang kemerah-merahan,merupakan salah satu daripada 7 new wonders of the world..dan kaum yang pernah menduduki Petra merupakan salah satu kaum yang hebat dan gah dengan seni ukiran mereka yang halus dan cantik..jika dibandingkan dengan zaman sekarang,memang sangat-sangat powerla teknologi orang dulu- dulu yang berjaya menebuk bukit-bukau,ukir pulak tu sampai jadi bangunan yang cantik..tapi disebabkan kelebihan mereka yang pandai mengukir inilah,menyebabkan mereka lalai dengan nikmat yang Allah beri..mereka lupa,yang memberi mereka kelebihan mengukir tu adalah Allah,mereka lupa bahawasanya bangunan-bangunan hebat,ukiran-ukiran cantik tu semua merupakan nikmat keduniaan yang akan hancur satu masa nanti..dan kelalaian mereka telah menjauhkan mereka dari ketaatan kepada Allah swt,maka kerana itulah Allah swt menurunkan bala kepada mereka..Petra juga dikaitkan dengan Nabi Saleh as dan kaum Thamud yang pernah menetap di situ..
artikel di bawah ini dicopy dari blog Cikzu-artikel asal--->(cikzu comel)
Kisah Nabi Saleh
Kisah2 Nabi Saleh dan kaummnya Thamud byk diceritakan dalam Al-Quranul Karim. Nabi Saleh diutuskan kepada kaum Thamud dan ALLAH melebihkan mereka dari kaum 'Ad dari segi kemahiran mengukir dan memahat [al-a'raf:74]. Gambar kat atas tu cth bgnn yg dorg ukir ye! cube korg bygkan camne org dlu2 yg takde kelengkapan teknologi cam skarang boleh ukir bgnn dr bukit.. subhanallah. Sambung blik citer..nabi saleh ni dtg dr keluarga yg terpandang dan dihormati. Nabi saleh snd jugak terkenal dgn ketangkasannya, kepandaiannya dan sifat ramah dalam pergaulan. Namun apabila nabi saleh menyeru kaummnya untuk menyembah ALLAH [hud:61], mereka berasa ragu2 [hud:62] dan sbhgn dr mereka beriman dan sbhgn lain ingkar [al-a'raf:75-76]. Mereka yg ingkar mempermainkan nabi saleh dan meminta melihat mukjizat nabi saleh be4 nak terima ajarannya. Nabi saleh pun berdoa kepada ALLAH dan dgn kebesaranNya kluarlah seekor unta betina yg sihat dari celahan bukit. Walaupun begitu masih sedikit sahaja yg beriman dgn nabi saleh. Unta itu dimuliakan Allah dalam Al-Quran dgn panggilan NAQATALLAH (unta Allah). Hmm..sebegitu sekali ALLAH memuliakan unta itu dgn namaNya. Unta itu sbnarnya bkn sekadar dturunkan sebgai tanda atau mukjizat [al-a'raf:73] kepada nabi Saleh tp jugak merupakan cobaan atau dugaan [al-qamar:27] kepada kaum Thamud. Unta Allah itu dibahagi giliran minum d sebuah perigi dgn mereka [al-qamar:24] dan nabi Saleh melarang kaummnya dari menggangu unta itu dgn sebarang gangguan [hud:64]. Mereka yg ingkar berasa tidak puas hati dan berpakat untuk membunuh unta betina tersebut. Mereka ditawarkan dengan seorg janda kaya yg menawarkan dirinya kepada mereka yg mmbunuh unta itu dan juga seorg perempuan tua yg menawarkan anak perempuannya kepada mereka. Seramai 9 org pergi membunuh unta Allah itu. Seorg dr mereka memanah betis unta itu dan seorg lagi menikam perut unta. kemudian mereka menyembelihnya [hud:65] dan memotong2nya [al-qamar:29]. Dengan perasaan gembira mereka berjumpa dgn rasul Allah iaitu nabi Saleh dan dgn angkuhnya berkata, "Wahai Saleh! buktikanlah ancaman kamu kepada kami, jika benar engkau salah seorg Rasul" [al-a'raf:77]. Nabi Saleh berkata, "Bersukarialah kamu selama 3 hari dan selepas it kamu akan mendapat balasan dr ALLAH. Itu adlh janji yg tidak dpt didustakan" [hud:65]. 3 hari yg diberikan itu adlh tempoh untuk mereka bertaubat tp malang skali mereka yg ingkar masih angkuh dan lalai. Mereka mempersendakan kata2 nabi Saleh namun apabila masuk hari ke-3 mereka mula merasa takut akan ditimpa azab dan bercadang untuk membunuh nabi. Tetapi mereka merancang dan Allah juga merancang dan sebaik2 perancang adlh Allah s.w.t. Kaum Thamud yg ingkar ini telah diazab oleh ALLAH dengan azab gempa bumi dan suara yg kuat. Mereka mati di bwh timbunan binaan [al-a'raf: 78] mereka dan diratakan dgn tanah [as-syams:14]. Azab suara yg kuat itu menimpa org2 yg zalim ini shngga mereka mati bergelimpangan dan hancur lebur hingga seakan2 mereka belum pernah tinggal di kawasan itu [hud:67-68]. nauzubillahi min zalik. Manakala bg org2 beriman pula mereka diselamatkan ALLAH dr kehinaan pd hari itu [hud:66]. Nabi Saleh pergi meninggalkan mereka yg ingkar sambil berkata "Wahai kaumku! Sungguh aku telah menyampaikan amanat Tuhanku kepadamu dan aku telah menasihati kamu. Tapi kamu tidak menyukai org yg memberi nasihat" [al-a'raf:79].
kira-kira jam 130ptg,kami semua bertolak ke Wadi Rum..kalau diikutkan kami sudah lambat dan risau kalau-kalau sampai kat Wadi Rum tu,hari dah malam..alhamdulillah kami sampai dalam jam 4ptg lebih kurang.lepas solat jama' ta'khir,kami terus menempah sebuah jip dan terus meluru masuk ke wadi tersebut..memang hari semakin gelap,dan atas sebab itu kami hanya dibawa ke 1/3 yang pertama wadi tersebut..huhu,sedih jugak tak dapat masuk ke 2/3 yang seterusnya sebab kat situlah baru boleh nampak pasir-pasir halus dan cantik,yang menjadi salah satu sebab kenapa ramai orang nak ke Wadi Rum..takda rezeki saya dan Sue nampaknya :) (ini adalah kali pertama saya sampai di sini,sebab time first year dulu,Wadi Rum ni banjir so tak boleh masuk)..tapi melihat kepada bukit bukau,gunung ganang yang tersergam indah di Wadi Rum,amatlah jahilnya kami jika tidak memuji akan kebesaran Allah Yang Maha Besar..ibarat sebuah lukisan alam yang memang tidak lain hanyalah dilukis oleh Allah subhanahuwata'ala,Maha Suci Allah yang bebas dari sebarang pertolongan siapa-siapa pun..
hari yang semakin gelap,kami membuat keputusan untuk pulang..pakcik van mencadangkan kami untuk ke Aqabah memandangkan Aqabah hanya 10 minit je dari Wadi Rum,tetapi bimbangkan waktu yang sudah pun dikira lewat itu,kami meneruskan niat untuk pulang ke Irbid..tambahan pula Sue merupakan pelajar dari Alex,di mana Alex itu sendiri terkenal dengan pantainya yang cantik,maka tak perlulah lagi kami ke pantai Aqabah..dalam perjalanan pulang,kami singgah sebentar di Ma'an untuk makan malam dan solat sebelum sampai ke Irbid kira-kira jam 11 malam..alhamdulillah..
p/s:pada hari ini,housemates saya dan Hamra' bertugas untuk melapah daging korban..sori la ye tak dapat join sekali,sedih jugak..tapi dalam masa yang sama,saya sangat gembira kerana dapat bawa sahabat karib saya jalan-jalan kat Jordan ni..dan pada hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran sahabat fillah yang sangat-sangat saya cintai,Nik Solihah Mujahidah(saya panggil Kak Nik,padahal sama umur,mungkin sebab rapat kot,hihi)..semoga Allah berkati umurmu dan kerjamu Kak Nik..ameen
2 comments:
hehe..amboii.byknye tahi lalat kt kaki..byk tul jalan ye..hikhik
btw..THANKSSSS for the wishes..:)..
really proud having fren like u~...
makin hari makin rapat...bess..:)
nyway..thankss gak for the tissue tadi..n the water..i'm really terharuu td..hee..
semoga hagar sentiasa dlm rahmat Allah..:)...
sayang haga juaaa
waaa..ade credit tuk saya la hehe..
jalan tak ajak..
Post a Comment