22 December 2008

Dreams Are Possible

bismillah,segala puji bagi Allah,selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw ..

inspiring...hanya kata-kata itu saja yang bermain-main di fikiran..pertemuan Dr Sheikh Muszaphar bersama pelajar-pelajar Irbid Jordan sebentar tadi memang satu saat yang sangat diperlukan oleh kita,pelajar-pelajar baik di bidang perubatan,pergigian mahupun agama,untuk mengembalikan semula semangat yang hilang..memang lain apabila melihat dirinya yang sebenar berbanding di kaca TV,memang berbeza mendeng
ar kata-katanya dari mulut ke telinga,berbanding hanya membaca suratkhabar..

matlamat,visi dan misi yang beliau sematkan dalam diri sejak kecil lagi benar-benar perlu kita jadikan contoh..'dreams are possible'..'what the mind believes,the body can achieve'..'siapa yang berjaya menawan angkasa,dia akan menawan bumi'..'the most important thing,you have to trust yourself,you have to believe that you can do the things you want to do'..begitulah antara kata-kata Dr Sheikh Muszaphar..

setelah setahun kembalinya beliau ke bumi,ramai yang telah memperkatakan macam-macam tentang beliau..mengenai bayaran yang dikenakanlah..ch
arge yang mahal untuk talk dan ceramah beliaulah..harga yang mahal untuk motivasi dan sebagainya..penjelasan daripada beliau sendiri,beliau tidak pernah mengenakan sebarang harga atau bayaran langsung terhadap talk atau ceramah beliau..especially schools and kids,semuanya for free(even talk beliau ke Jordan pun tak ditaja sesiapa pun)..except jika ada jemputan memberi ceramah dari syarikat korporat,beliau akan mengenakan bayaran(which in my opinion,memang patut pun beliau kenakan bayaran..)..pandai sungguh media massa menyebarkan anasir-anasir fitnah,hmm..niat beliau,untuk membangkitkan semangat para pelajar terutamanya pelajar muda,untuk cenderung ke arah keilmuan especially bidang sains dan matematik..

tetapi ada satu point yang disebut oleh beliau tadi yang kita sepatutnya s
okong dan support..'to bring the glory of Islam back'..untuk mengembalikan semula kehebatan Islam yang suatu masa dulu pernah menjadi cara hidup seluruh alam..ya!seluruh alam!..beliau sendiri mengaku bahawa apabila berada di angkasa,memang terasa sangat-sangat kebesaran Tuhan Yang Maha Esa..apabila melihat ke bumi,memang terasa dirinya kerdil..subhanallah,bumi yang cantik yang sudah tentu memerlukan kuasa dan tenaga yang besar untuk menciptanya..satu soalan yang melanda Dr Sheikh Muszaphar,apakah tujuan dirinya diciptakan??there must be a purpose why he was created..'i dont want to live as an ordinary people..i dont want to just live,studying,working,getting married and then die just like that..there must be a purpose why i was created.." soalan itu memang patut beliau,malah kita semua,makhluk Allah,fikirkan..untuk apakah kita diciptakan??

dan itulah salah satu tujuan utama mengapa Dr Sheikh Muszaphar datang ke Jordan;untuk mengumpulkan semula kesemua angkasawan-angkasawan Islam untuk duduk bersama,berbincang mengenai strategi dan usaha ke arah memantapkan semula Islam di mata dunia dan tumpuan utama beliau adalah tanah arab..tanah Islam..dan pada pendapat saya,kita sebagai seorang muslim patut dan harus menyokong usaha tersebut..tak kesahlah ramai yang akan mengata dan membangkitkan apa yang dinyatakan oleh Dr Sheikh Muszaphar itu tadi tapi bagi saya,sebagai seorang yang inginkan Islam naik semula,usaha beliau itu memang patut disokong..selagi mana ianya tidak bertentangan dengan syariat..Islam is The Way Of Life,dan kata beliau lagi,apabila mendengar azan dari bumi pada hari-hari terakhir beliau di ISS,beliau tahu bahawa sudah tiba masanya untuk beliau kembali ke bumi dan berkongsi apa yang bermanfaat bersama..dan yang paling penting,beliau ingin menyumbang sesuatu untuk Islam..Sheikh Muszaphar merupakan angkasawan muslim ke-9,tetapi merupakan angkasawan pertama yang pergi ke angkasa lepas pada bulan Ramadhan,sekaligus menyambut ketibaan 1 Syawal di sana..

semoga dengan talks oleh Dr Sheikh Muszaphar tadi berjaya membuka mata sesiapa saja yang mendengarnya..dari kaca mata seorang doktor,angkasawan, dan Muslim itu sendiri..persoalkan kembali,untuk apakah kita diciptakan di dunia??

wallahua'lam..


1 comment:

Siti Zulaikha Zulkifli said...

yeah!.. he inspires me a lot..

kak hajar, mari kite berusaha dan berjaya bersame2!!

almuslim qawiyy laisa 3adi, almuslim a3la fi kulli shek--ustazah salam said hehe