Showing posts with label Al-Quran. Show all posts
Showing posts with label Al-Quran. Show all posts

15 January 2010

..of being Polite


salam alayk.

Alkisahnya,
Ketika mana Noni dan Faezah nak pulang ke Malaysia.kami pun berwida3-wida3an lah dengan Noni depan umah dia sambil tunggu Faezah datang bawa teksi dari umah dia di seberang jalan sana.

Borak punya borak,sekejap tu faezah pun sampai dengan sebuah teksi berwarna kuning,dan dalam teksi tu dh penuh dengan beg faezah.Faezah keluar sambil cakap.."bonet penuh,kena letak beg kat depan.."

Dengan perasaan geram dan macam nak marah,bersuarakan suara sengau dan serak-serak(sebab tengah batuk n selsema),ku bersuara kat pakcik teksi:''Knape buleh penuh?awak patut tau yang diorang nak pegi airport,awak kena la ready2 kosongkan bonet.Nak letak barang..!"

Ain,Dayu dan lain-lain dah tersengih-sengih,tergelak-gelak tengok gaya orang yang tengah sakit ni,suara pun keluar tak keluar je,tapi masih ada hati nak mengamuk kat orang,hehe..sebenarnya diorang tau dah sebab apa.

Sekali Faezah menyampuk.."Hajar,ni aku baru tahan kat depan tu la..ktorang nak pegi Mujammak Amman la,bukan airport.ktorg naik bas.."

Adoi,termalu la pulak!

"Lain kali,bagi salam dulu..ye.." balas Dayu sambil senyum-senyum perli.
Adoii!kata-kata tu betul-betul tertusuk kat hati..


Moral of the story:

Bukankah Islam dah mengajar kita untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia,dan bersopan santun dengan orang lain.. :)
Drpd Abu Dzar Jundub bin Junaadah dan Abu Abdur Rahman Mu'adz bin Jabal r.a drpd Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada.Dan susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu.Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."
Hadis riwayat Tirmizi.


Imam Ahmad dan Abu Daud meriwayatkan drpd Rasulullah s.a.w:
"Orang yang paling baik di antaramu ialah orang yang paling baik akhlaknya."


Sabda Nabi lagi:

"Baikilah akhlakmu bersama orang"Dalam lafaz yang lain"Baikilah akhlakmu sekadar kemampuanmu.."
Bukankan kita telah berjanji setia mengatakan Nabi itu akhlaknya mulia,dan the most perfect role model,sekaligus kita akan mengikut untuk berakhlak seperti akhlak nabi..
"Demi sesungguhnya!Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik"-(Al-ahzaab:21).
Tapi kenapa masih lagi susah untuk kita berakhlak dengan akhlak yang mulia dalam kehidupan kita sehari-harian? Sama-sama kita renungkan.....

19 March 2009

JUST Intikhabat Day 2009

Dengan nama Allah yang Maha Pemurah Maha Penyayang..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw..

Hari ini,19 Mac 2009..Hari Mengundi JUST 2009..berduyun-duyun orang datang mengundi..walaupun jam dah menunjukkan hampir pukul 4petang,saya dan Nik sanggup juga datang ke JUST untuk mengundi,heee..demi kecintaan terhadap lajnah tibb basyari :):):)



"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang Yahudi dan Nasrani (kristian) itu sebagai ketua sebahagian yang lain. Sesiapa di kalangan kamu yang menjadikan mereka sebagai pemimpin, maka sesungguhnya ia jadi golongan mereka. Sesungguhnya Allah tidak memberi petunjuk kepada orang yang zalim". (al-Maidah:51)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan (pemimpin Atau ketua) orang yang menjadikan agama kamu sebagai ejekan dan permainan, daripada ahlil kitab yang sebelum kamu dan (jangan kamu jadikan) orang kafir sebagai ketua dan takutlah kepada Allah, jika kamu sungguh-sungguh orang beriman". (al-Maidah : 57)

"Wahai orang yang beriman! Janganlah kamu jadikan orang kafir itu sebagai ketua/teman akrab (pemimpin); padahal mereka itu bukan dari kalangan Mukminin; apakah kamu mahu mangadakan satu alasan yang nyata bagi Allah buat (menghukum) kamu?". (al-Nisa' : 144)


"Berilah khabar kepada orang munafiq, iaitu orang yang mengangkat orang kafir sebagai pemimpin -bukan dari kalangan Mukminin. Patutkah mereka mencari kemuliaan daripada mereka itu?Sesungguhnya kemuliaan itu semuanya bagi Allah". (al-Nisa' : 138-139)


"Wahai orang-orang beriman, janganlah kamu mangambil bapa-bapa, saudara-saudara kamu menjadi pemimpin, jika mereka memilih kafir daripada iman. Sesiapa mengangkatnya menjadi pemimpin di kalangan kamu, nescaya dia adalah orang yang zalim". (al_Taubah : 23)



"Tunaikan KEWAJIPAN anda..Salurkan kepada yang BERHAK"



p/s: abaikan tulisan-tulisan dalam gambar di atas yer,tak jumpa gambar asal..jadi letak je la gamba yang diedit..hihi..by the way,banner/muffler tu diberi oleh calon kutlah pada tahun 2007+2009 iaitu Ihsan Al-Qaisi..tu yang bangga sikit tu..*peace*


06 March 2009

Nahnu Qaumun 'Amaliyyun

Dengan nama-Mu ya Allah,Tuhan Maha Pengampun..selawat dan salam ke atas Nabiku Muhammad yang tercinta..

3 Mac 1924 merupakan tarikh keramat dalam sejarah umat Islam,kerana pada hari tersebut,khilafah Uthmaniyyah yang memerintah hampir seluruh dunia pada ketika itu dengan rasminya telah jatuh..85 tahun berlalu tetapi khilafah Islam yang mengamalkan sistem-sistem Islam yang syumul masih belum tertegak lagi...berusahakah kita untuk menegakkan kembali khilafah Islam tersebut?

Al-Quran menceritakan dalam surah Al-Lahab..


Abu Lahab atau nama sebenarnya Abdul'Uzza b Abd Mutalib merupakan salah seorang daripada bapa saudara nabi.Jika diteliti semula sirah nabawiyah,Abu Lahab merupakan orang yang paling gembira ketika mendapat berita kelahiran anak saudaranya,Muhammad saw..

Tetapi ketika baginda Nabi saw memulakan dakwah pertamanya secara terang-terangan di Bukit Safa,Abu Lahab jugalah orang yang paling menentang Nabi Muhammad saw dengan kata-kata celaan..ini menyebabkan Allah swt telah melaknat Abu Lahab dengan menurunkan surah 'khas' untuk beliau..tidak dilupakan juga Ummu Jamil,isteri Abu Lahab..Ummu Jamil telah menjadi 'tulang belakang' kepada perjuangan Abu Lahab dalam menentang Nabi Muhammad saw,dengan merancang segala macam kejahatan untuk menghalang dakwah Nabi,contohnya;meletakkan ranting-ranting berduri di jalanan untuk mengganggu perjalanan baginda ketika menyampaikan seruan Allah..

Melalui surah ni,Allah telah mengecam Abu Lahab dan isterinya Ummu Jamil dengan api neraka yang bergelojak membara-bara..even duniawi pun,Allah dah gertak Abu Lahab bahawa harta-hartanya dan segala usahanya takkan mampu menyelamatkan beliau dari kebinasaan.Apatah lagi azab seksaan neraka,memang dah tak mampu dielak lagi bagi mereka berdua tu..by the way,Abu Lahab dan isterinya merupakan antara insan-insan yang telah dilaknat oleh Allah qat3iyyan(secara pasti),sekaligus menjadikan mereka antara orang-orang yang dijanjikan masuk neraka oleh Allah..

Jika kita lihat dari sudut lain kisah dan tafsir surah ni,boleh disimpulkan bahawa perjalanan dakwah bukanlah suatu perkara yang mudah dan senang..even kadang-kadang ahli keluarga kita sendiri pun takkan setuju dengan apa yang kita bawa..and in certain cases,ada yang akan cuba untuk membantutkan kerja kita..jadi jangan terkejutlah kalau-kalau satu hari nanti,orang yang paling rapat dengan kita pun akan menentang kita,macam dalam kisah Nabi Muhammad yang ditentang oleh bapa saudaranya sendiri,Abu Lahab..apa yang saya cuba sampaikan ialah,supaya kita semua faham tabiat jalan dakwah ni,tak mudah,banyak halangan,tak semua orang boleh terima dan tak semua orang akan ikut join..

Ayat Al-Quran sangat-sangat cantik,subhanallah..bagaimana Allah memberitahu kepada kita bahawa segala kerja dakwah,tarbiyah,amar makruf nahi munkar,bukanlah dibuat secara suka-suka atau main-main..tetapi semua itu adalah arahan daripada Allah swt kepada Nabi Muhammad dan seluruh manusia..so kalau Allah dah arahkan,tapi kita taknak buat,maksudnya apa tu??kita semua tahu jawapannya..

Kalau kita tengok balik surah ni,Allah menjanjikan balasan seksaan kepada 2 golongan..pertama,orang yang tak mahu join usaha dakwah Nabi Muhammad saw..kedua,orang yang menghalang dakwah tersebut,directly or indirectly..boleh bayang tak?bukan sahaja orang yang taknak join dakwah je yang dapat balasan seksaan,tapi juga orang yang menghalang/melambatkan dakwah tersebut..Abu Lahab bukan sahaja tidak mahu menerima dakwah Nabi,malahan beliau bersama-sama dengan isterinya,mempengaruhi orang lain untuk tidak menerima ajaran Nabi Muhammad..
katakan si B ajak si A untuk sama-sama menyeru Islam,tapi si A tak mahu join si B berdakwah..tak cukup dengan tu,dia juga menghasut kawan-kawan lain supaya tak ikut dakwah si B tu..macam tula analoginya..sama la dalam konteks sekarang,kalau ada sahabat-sahabat kita ajak join tarbiyah,kita tak mahu join,itu atas kita..tapi jangan pula kita mempengaruhi orang lain yang nakkan kebaikan,untuk tak turut serta join tarbiyah tu dengan melemparkan bermacam cerita dan fitnah..

Ingat!amar makruf nahi munkar adalah kewajipan dan tuntuan semua orang sekarang selagi mana khilafah Islam tak naik kembali..kita tak boleh menjanjikan yang khilafah akan naik semula sebelum kita mati,tapi kita boleh menarik sedikit nafas lega kerana kita telah bekerja dan berusaha kearah menaikkan semula sistem khilafah Islam,walaupun kita telah mati pada ketika khilafah Islam tu naik semula..Nabi Muhammad sendiri tidak pernah menyaksikan khilafah itu naik tapi usaha dan perjuangan baginda tak berbelah bagi dalam berjuang menaikkan Islam,kerana baginda yakin yang Islam akan naik dengan pertolongan Allah..kita pun kenala yakin yang Islam akan naik balik,dan berusaha bekerja kearah tu..insyaAllah.

Satu lagi peringatan untuk diri sendiri dan orang lain..dakwah Islam tak perlukan kita pun,tapi kita yang sebenarnya perlukan dakwah Islam..sebabnya janji Allah..Islam will win,with or without us!!ada kita ke takda kita ke,Islam tetap akan naik suatu masa nanti..jadi terpulang kepada kita untuk jadi golongan yang beribadah dan bekerja ke,atau kita pilih untuk berdiam diri hanya beribadah sahaja..kalau pilih nak duduk diam,Allah tak rugi,Islam tak rugi..kita yang akan rugi..

Mulakan kerja dakwah dengan mentarbiyah diri kita dahulu..carilah tarbiyah,kerana anda sangat-sangat memerlukannya..selagi masih berpeluang,carilah tarbiyah itu,dan kemudian dalam masa yang sama,sampaikan pula kepada keluarga,kawan-kawan dan orang lain..dakwah itu adalah anda ditarbiyah dan mentarbiyah secara berterusan,no full stop!ingat,kehidupan sebenar kita bemula selepas kematian kita..jangan biarkan penyakit 'cintakan dunia' merosakkan bekalan akhirat kita..semoga Allah memberi hidayah kepada kita semua,ameen..

wallahua'lam..

p/s:untuk para ikhwah dan akhawat..bila kita rasa sedih dalam dugaan ketika menyampaikan Islam,orang tak terima ke,orang cemuh ke,dugaan dalam ukhwah ke,dugaan dengan orang yang lebih berkuasa ke..ingatlah surah ni..kisah ni mengingatkan kita bahawa,dugaan dan cabaran bukanlah perkara baru dalam dunia dakwah..sejak zaman nabi-nabi terdahulu dan zaman Nabi Muhammad pun dugaan tu memang ada..tabiat jalan dakwah,banyak dugaannya..tak semua orang sukakan kebaikan..jadikan Rasulullah sebagai role model untuk kita menempuh semua dugaan dan cabaran tu..sollu 'ala nabi..Allahumma solli 'ala Muhammad :)

kepada sahabat-sahabat yang bakal menduduki exam(especially kawan-kawan tahun 4),
Bittaufiq Wannajah!!semoga Allah memudahkan kita semua~ameen






04 January 2009

Sedih

Dengan namaMu Ya Allah,Tuhan sekelian alam..selawat dan salam keatas Muhammad saw..

"Janganlah kamu bersikap lemah,dan janganlah (pula) kamu bersedih hati,padahal kamulah orang yang paling tinggi (darjatnya),jika kamu orang-orang yang beriman.."-Ali-Imran:139


jangan bersedih dengan ujian yang mendatang..sebab Allah menjanjikan tempat yang tinggi di syurga kelak,andainya kita beriman..ujian yang mendatang adalah tarbiyah dari Allah..ujian adalah dugaan iman,tsabatkah kita dalam iman kita??istiqamahkah kita dalam meyakini takdir Allah itu adalah yang terbaik?

ujian menguji dan mendidik kesabaran..kalau kita bersabar,maka kita menang dalam ujian itu..dengan ujian,kita sedang mendidik kesabaran hati dan jiwa..jika kita mengetahui hakikat ujian Allah adalah tarbiyah,hati ni akan gembira...

"Dan sungguh akan kami berikan cubaan kepadamu dengan sedikit ketakutan,kelaparan,kekurangan harta,jiwa dan buah-buahan.Dan berikanlah berita gembira kepada orang-orang yang bersabar.."-Al-Baqarah:155


hati akan gembira,malah Allah sampaikan jua berita gembira buat insan-insan yang bersabar dalam ujian tarbiyah,bahawa di hari Akhirat nanti,tinggilah darjat mereka di sisi Allah,dan syurgalah tempat mereka.. :)

bagaimana untuk keluar dari masalah yang saban hari membebankan hati dan jiwa?apabila kita dipenuhkan dengan masalah-masalah,ditambah pula dengan ujian dan dugaan,fikiran rasa macam kusut je,akal pun buntu..apa yang akan kita lakukan..?makan?tidur?jerit kat atas gunung?menangis?ataukah kita akan borak-borak dengan mak dan keluarga yang jauh di sana?apakah tiada jalan lain untuk kita 'solve'kan semua problem ni?

firman Allah lagi dalam surah At-Talaq:2..

"..Barangsiapa yang bertakwa kepada Allah,nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar.."

ya!!apa-apa masalah yang kita hadapi pasti akan ada jalan keluarnya..itulah janji-janji Allah yang Maha Benar(kenapa,tak percaya ke?).tapi janji Allah itu juga ada syaratnya..;KETAKWAAN..kita kena kembali kepada Allah dalam apa jua urusan,baik susah atau senang..berdoalah kepada Allah,mengadulah kepadaNya,pintal
ah padaNya agar memudahkan kerja kita,meringankan beban dan masalah kita..kembalilah kepada Allah..serahkan sepenuh ketaatan dan ketakwaan kita hanya pada Allah,nescaya Allah akan memudahkan kita,Dia akan menunjukan jalan keluar bagi semua masalah kita..tak percaya?cubala..

rezeki kita datangnya dari Allah..kalau kita berasa sempit terhadap sesuatu(wang,masa dan sebagainya),kita kembalikan diri kepada Allah..muhasabah balik..bertawakkallah kepada Allah,percayalah kepada takdir Allah..yakinlah bahawa Allah jadikan sesuatu itu bersebab,berhikmah dan itu adalah the best dari Allah..

"..Barang siapa yang bertakwa kepada Allah,nescaya Dia akan mengadakan baginya jalan keluar..Dan memberinya rezeki dari arah yang tidak disangka-sangkanya..Dan barangsiapa yang bertawakkal kepada Allah,nescaya Allah akan mencukupkan(keperluan)nya..Sesungguhnya Allah melaksanakan urusan (yang dikehendaki)-Nya..Sesungguhnya Allah telah mengadakan ketentuan bagi tiap sesuatu.."-At-Talaq:2-3

tenangkan hati kita dengan Allah,zikir kepada Allah,berdoa kepada Allah..

"(iaitu) orang-orang yang beriman dan hati mereka menjadi tenteram dengan mengingati Allah..ingatlah,hanya dengan mengingati Allah,hati kan menjadi tenteram.."-Ar-Ra'd:28

kalau kita bersabar dengan apa macam ujian yang Allah kasi,Allah balas balik dengan memberikan rezeki kat kita dari arah yang tak kita sangka-sangka..kadang-kadang,kita tak expect pun Allah akan kasi rezeki tu..tulah namanya dari arah yang tak disangka-sangka..tanpa jangkaan kita..tapi kena ingat,syaratnya adalah KETAKWAAN kepada Allah..


muhasabah iman kita balik setiap masa,bukan hanya setiap kali ujian datang je baru muhasabah..kadang-kadang dosa dan kesilapan yang menyebabkan kita ditimpa ujian..Allah nak tegur kita..itulah pentingnya taubat dan keampunan setiap masa,untuk upgrade iman kita..Allah sendiri suruh kita cepat-cepat dan selalu bertaubat..Allah juga sediakan untuk orang yang bertakwa,syurga seluas langit dan bumi!subhanallah..


"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan dari Tuhan-Mu,dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan bumi yang disediakan untuk orang yang bertakwa.."-Ali-Imran:133

last sekali berdoalah pada Allah,supaya Allah selalu ingatkan hati-hati kita agar tak lari dari landasan syariat Allah..dan supaya kita tak 'over' dalam apa jua urusan hari-harian kita sampai lupakan Allah..(belanja,masa,percakapan,perangai dan sebagainya..)

"Ya Tuhan kami,ampunilah dosa-dosa kami dan tindakan-tindakan kami yang berlebih-lebihan dalam urusan kami,dan tetapkanlah pendirian kami..dan tolonglah kami terhadap kaum yang kafir.."-Ali-Imran:147

"tetapi(ikutilah Allah),Allah lah pelindungmu..dan Dialah sebaik-sebaik penolong.."-Ali-Imran:150


ingat,jangan lalai dari mengingati Allah..sebab apa-apa yang datang semua dari Allah..rezeki,masalah,nikmat..semua dari Allah..kalau kita lupa Allah,macam mana Allah nak ingat kat kita?macam mana Allah nak tolong kita kan?

teringat kata-kata Dayu..

"manusia ni selalu minta hadiah yang macam-macam dari Allah,tapi tak pernah cuba untuk menerima dan mensyukuri 'hadiah' dari Allah.."


Kak Kamilah pun pernah cakap..

"manusia selalu paksa Allah untuk ikut kehendak diri sendiri,tapi tak pernah cuba paksa diri untuk terima kehendak Allah.."

astaghfirullah,moga-moga kita tak jadi insan pelupa yang lupakan Allah dan tak mensyukuri apa jua yang Allah datangkan kat kita..wallahua'lam


p/s:
-entry ni ditulis untuk menenangkan diri sendiri yang tengah sedihh,banyak masalah lately ni..huhu..juga ditulis berdasarkan pengalaman diri melalui kebenaran janji-janji Allah dalam Al-Quran..

-juga Selamat Ulang Tahun kelahiran yang ke-22,buat Ida(3 Jan 09)!!semoga dibawah redha Allah hendaknya..ameen

((jangan lupa doakan saudara-saudara kita di Gaza..hancur kuffar!))


29 December 2008

Untukmu Palestin

dengan namaMu ya Allah,Tuhan Yang Maha Memberi Pertolongan kepada sesiapa yang Engkau kehendaki..selawat dan salam keatas Nabi Muhammad saw..

awal pagi Sabtu lalu(27Disember),kita semua dikejutkan dengan pengeboman teruk Israel ke atas Gaza,kawasan penduduk Palestin terpadat..tujuan serangan itu menurut pihak Israel adalah untuk menyerang balas dan menghentikan kegiatan pihak Hamas yang menyerang Israel tanpa henti..dan menurut Israel,pangkalan utama Hamas adalah di kawasan Gaza yang dibom itu..huh,alasan..[berita terkini]

Al-Fatihah untuk saudara-saudaraku yang syahid di Palestin,syurga adalah selayaknya untukmu..dan buat mujahidin yang terus-terusan berjuang,semoga Allah kuatkan hati kalian semua untuk terus mara melangkah melawan musuh Allah..pertolongan Allah itu dekat insyallah..

"Ya Allah..sesungguhnya kami letakkan Engkau di batang leher musuh-musuh kami..dan kami berlindung denganMu dari kejahatan mereka..ya Allah,hancur leburkanlah kumpulan-kumpulan mereka,kacau-bilaukan persatuan mereka..cerai-beraikanlah pakatan mereka,goncangkan pendirian mereka..hantarkanlah ya Allah,anjing-anjingMu ke atas mereka..wahai Tuhan yang Gagah Perkasa..wahai Tuhan Yang Penuh Raksasa,wahai Tuhan Yang Bersifat Murka..ya Allah,wahai Tuhan Yang Menurunkan Kitab..wahai Tuhan Yang Menggerakkan Awan,wahai Tuhan yang menewaskan bala tentera Ahzab..kalahkan mereka..menangkanlah kami keatas mereka..ameen"

buat sahabat-sahabat saya yang rasa-rasanya masih makan lagi kt McD ke,Hardees ke,KFC ke..fikir-fikirkanlah..duit yang dibayar untuk beli makanan tu,adalah duit yang diguna untuk
menyerang saudara-saudara kat Palestin sana tu..Dr Yusuf Qardhawi kata,setiap riyal yang
kamu guna untuk beli barang mereka,adalah sama dengan sebutir peluru untuk saudara-saudara kita kat Palestin[baca sini]..

apalah sangat kalau kalian semua berkorban,tak mati pun kalau tak makan makanan mereka tu..ada yang kata teringin la,tapi kalau dah tiap-tiap minggu beli tu teringin apakah?itu semua hanyalah nafsu semata wahai sahabatku..bayangkan pengorbanan yang kita buat kalau kita boikot barang-barang boikotan,bandingkan dengan pengorbanan pejuang-pejuang kat Palestin tu,jauh bezanya tapi di sisi Allah insyallah bernilai besar untuk timbangan amalan kita..ada yang cakap 'ala,ada org kata barang ni takyah boikot..','takda pun brand ni dalam senarai boikot..'..kalau dah rasa was-was,syak wasangka..tinggalkan ajalah,itu kan lebih baik..walaupn saya cakap ni,ada yang rasa benda ni remeh,tapi mende remeh ni la yg merosakkan umat sejagat..satu masalah umat Islam sekarang,kurang sensitiviti terhadap isu-isu 'remeh' macam ni..

doa jangan tinggal,setiap masa setiap detik..time solat apatah lagi,khususkan untuk mujahidin di Palestin..dan juga untuk seluruh muslim sedunia..kadang-kadang kita akan cakap,doa je lah yang mampu kita buat,tapi tak doa pun..doa,doa dan doa..insyallah Allah mengabulkan doa orang mu'min,ameen..

dan satu lagi pesanan dari saya yang hina ni,isu-isu muslim sejagat macam ni..jangan la hanya 'hangat-hangat tahi ayam'..sekali meletus,kecoh semua..tapi bila dah reda(bagi kita dah reda la,bagi saudara di Palestin??) kita lupa mereka..kite lalai dengan kerja kita semula..kita alpa dalam doa kita..tak bolehla macam tu,kita perlu saling ingatkan antara kawan-kawan..janganla bila bom besar-besaran barulah nak boikot,pastu bila dah senyap,semua pun dah lupa,nafsu pun membuak-buak,kite beli balik barang-barangan Israel dan Amerika tu(contohnya la)..ada seorang musuh Islam pernah berkata,umat Islam ni sangat senang untuk dilawan,sebab apa?sebab mereka ni hanya akan semangat bila ada perkara yang besar dan tiba-tiba berlaku,lepas-lepas tu mereka lupa balik..astagfirullah..sama-sama kita muhasabah diri..

dalam kesedihan saya mengenangkan saudara-saudara saya di Palestin,ada seperkara yang membuatkan saya selalu berfikir tentang mereka,dan saya yakin mereka juga gembira mengetahui hakikat ni..mereka ini ditakdirkan Allah untuk hidup di atas bumi yang dimana,peperangan berlaku setiap masa..jadi,mereka kurang terdedah kepada pemikiran-pemikiran dunia moden zaman sekarang yang melalaikan..dan mereka perlu sentiasa berperang dan berjuang di jalan Allah,tiada masa untuk mereka memikirkan tentang hiburan,dunia yang lalai dan sebagainya..tiada masa untuk mereka bermaksiat duniawi.setiap masa mereka kembali dan berdoa kepada Allah..dan yang paling penting,peluang mereka mengejar syahid di jalan Allah sangat terbuka luas..peluang mereka berjihad darah fisabilillah dihidang setiap masa..dan kerana ketakwaan dan keimanan yg tinggi,semangat mereka tak pernah luntur,memikirkan ganjaran yang Allah sediakan bagi sesiapa yang berperang dijalanNya...kalamullah:

"Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang mu'min,diri dan harta mereka dengan memberikan syurga untuk mereka..Mereka berperang pada jalan Allah lalu mereka membunuh atau terbunuh..(Itu telah menjadi) janji yang benar dari Allah di dalam Taurat,Injil dan Al-Quran..dan siapakah yang lebih menepati janjinya (selain) daripada Allah?maka bergembiralah dengan jual beli yang telah kamu lakukan,dan itulah kemenangan yang besar.."(At-Taubah-111)

menyedari hakikat ini,membuatkan diri saya berasa cemburu..cemburu dengan mereka,yang kurangnya maksiat dek kerana setiap masa berperang berbanding diri ini yang penuh dengan dosa saban hari..cemburu dengan mereka,yang setiap masa kembali dan berdoa kepada Allah..tiada lain yang mereka harapkan tapi pertolongan dan redha Allah..dibandingkan dengan diri ini yang bila susah,memanglah kembali kepada Allah,tapi bila senang?Allah itu entah dimana(nauzubillah~)..cemburu kepada mereka yang dihidang oleh Allah untuk
berjihad darah fi sabilillah,memburu syahid di jalanNya..tiada lain yang mereka harapkan selain mardhatillah dalam perjuangan mereka,sungguh mereka adalah orang selayaknya yang Allah pilih untuk berada di situ..semoga saya dan sahabat-sahabat juga berjihad jiwa raga fisabilillah di sini,memerangi maksiat dan nafsu..ameen

jangan lupa juga wahai sahabat-sahabat..selalulah kita ikuti berita-berita terkini berkenaan Palestin..kalau yang ada intenet laju tu,tengokla yang live punya kat BBC ke,CNN ke Youtube ke..supaya kita akan tersentak dan dapat bayangkan macam mana keadaan disana,dengan letupan yang macam-macam,dengan jerit pekik,tangisan..benda-benda macam ni akan membuatkan kita rasa lebih 'feel',kita akan lebih terasa penderitaan mereka,kita akan rasa terpanggil dan lebih semangat untuk tolong mereka..supaya kita juga akan menangis bersama-sama mereka..janganlah sekali buka berita,alamak tak fahamlah..terus tutup,lepas tu tak buka dah..

dan apa yang pemimpin Palestin/Islam minta kita buat atau tolong,laksanakanlah sehabis mampu..pemimpin-pemimpin mereka ramai yang menyeru umat Islam untuk sama-sama berjuang dengan mereka(doa,boikot,sumbang duit,etc),maka kita buat sehabis mampu kita..ingat-ingatkan sahabat-sahabat kita yang lain..insyallah Allah kira usaha kecil yang kita buat ni..wallahua'lam


jom sama-sama doa dan ameen kan:

Ya Allah, sesungguhnya kami bermohon pertolongan Mu, kami meminta ampun kepada Mu, kami memohon petunjuk dari Mu, kami beriman kepada Mu, kami berserah kepada Mu dan kami memuji Mu dengan segala kebaikan, kami mensyukuri dan tidak mengkufuri Mu, kami melepaskan diri daripada sesiapa yang durhaka kepada Mu.

Ya Allah, Engkau yang kami sembah dan kepada Engkau kami bersalat dan sujud, dan kepada Engkau jualah kami datang bergegas, kami mengharap rahmat Mu dan kami takut akan azab Mu kerana azab Mu yang sebenar akan menyusul mereka yang kufur.

Ya Allah, Muliakanlah Islam dan masyarakat Islam. Hentikanlah segala macam kezaliman dan permusuham, Bantulah saudara-saudara kami di mana sahaja mereka berada. Angkatlah dari mereka kesusahan, bala, peperangan dan permusuhan.

Ya Allah, selamatkanlah kami dari segala keburukan dan janganlah Engkau jadikan kami tempat turunnya bencana, hindarkanlah kami dari segala bala kerana tidak sesiapa yang dapat menghindarkannya melainkan Engkau, ya Allah.

22 December 2008

Aidil Adha 4

bismillahirrahmanirraheem..Allah Maha Besar,tiada yang lebih besar melainkan Dia yang Maha Besar..selawat dan salam ke atas Muhammad saw..

9 Disember
plan hari ini pada mulanya adalah untuk ke Syria..tetapi plan berubah pada saat akhir disebabkan beberapa masalah yang tak dapat dielakkan oleh kami,
manusia yang kerdil lagi hina ini(termasuklah iqamah saya yang dah mati lebih sebulan yang lalu-kalau tak,kene bayar la jawabnya..)jazakallah kepada seorang sahabat kepada sahabat saya di Syria yang telah dimaklumkan mengenai kedatangan kami di sana dan sudi membantu,tetapi akhirnya ziarah kami terpaksa di'cancel'kan..Allah Knows Best..

maka pada hari ini,kami bersiap-siap untuk ke PETRA dan WADI RUM..perjalanan ke Petra yang memakan masa selama hampir 6 jam bermula jam 6pagi menyebabkan van berhenti beberapa kali di perjalanan..ada yang nak ke toilet,ada yang nak beli makanan,hentian pemeriksaan polis dan sebagainya..ragam manusia,macam-macam..sampai-sampai,muka semua nampak letih,walaupun perjalanan jauh ke dalam Petra itu sendiri belum pun bermula..tiket masuk untuk student Jordan=1 jd,manakala luar dari Jordan
=21 jd!!tapi kesemua kami(Jordan 2 orang,dan non-Jordan 3 orang)mendapat harga 1 jd disebabkan pemeriksaan hawiyah yang tidak ketat,alhamdulillah jimat sikit duit Sue..

Petra,atau dikenali juga dengan nama 'the Red Rose City' kerana warna batu dan tanahnya yang kemerah-merahan,merupakan salah satu daripada 7 new wonders of the world..dan kaum yang pernah menduduki Petra merupakan salah satu kaum yang hebat dan gah dengan seni ukiran mereka yang halus dan cantik..jika dibandingkan dengan zaman sekarang,memang sangat-sangat powerla teknologi orang dulu- dulu yang berjaya menebuk bukit-bukau,ukir pulak tu sampai jadi bangunan yang cantik..tapi disebabkan kelebihan mereka yang pandai mengukir inilah,menyebabkan mereka lalai dengan nikm
at yang Allah beri..mereka lupa,yang memberi mereka kelebihan mengukir tu adalah Allah,mereka lupa bahawasanya bangunan-bangunan hebat,ukiran-ukiran cantik tu semua merupakan nikmat keduniaan yang akan hancur satu masa nanti..dan kelalaian mereka telah menjauhkan mereka dari ketaatan kepada Allah swt,maka kerana itulah Allah swt menurunkan bala kepada mereka..Petra juga dikaitkan dengan Nabi Saleh as dan kaum Thamud yang pernah menetap di situ..


artikel di bawah ini dicopy dari blog Cikzu-artikel asal--->(cikzu comel)

Kisah Nabi Saleh

Kisah2 Nabi Saleh dan kaummnya Thamud byk diceritakan dalam Al-Quranul Karim. Nabi Saleh diutuskan kepada kaum Thamud dan ALLAH melebihkan mereka dari kaum 'Ad dari segi kemahiran mengukir dan memahat [al-a'raf:74]. Gambar kat atas tu cth bgnn yg dorg ukir ye! cube korg bygkan camne org dlu2 yg takde kelengkapan teknologi cam skarang boleh ukir bgnn dr bukit.. subhanallah. Sambung blik citer..nabi saleh ni dtg dr keluarga yg terpandang dan dihormati. Nabi saleh snd jugak terkenal dgn ketangkasannya, kepandaiannya dan sifat ramah dalam pergaulan. Namun apabila nabi saleh menyeru kaummnya untuk menyembah ALLAH [hud:61], mereka berasa ragu2 [hud:62] dan sbhgn dr mereka beriman dan sbhgn lain ingkar [al-a'raf:75-76]. Mereka yg ingkar mempermainkan nabi saleh dan meminta melihat mukjizat nabi saleh be4 nak terima ajarannya. Nabi saleh pun berdoa kepada ALLAH dan dgn kebesaranNya kluarlah seekor unta betina yg sihat dari celahan bukit. Walaupun begitu masih sedikit sahaja yg beriman dgn nabi saleh. Unta itu dimuliakan Allah dalam Al-Quran dgn panggilan NAQATALLAH (unta Allah). Hmm..sebegitu sekali ALLAH memuliakan unta itu dgn namaNya. Unta itu sbnarnya bkn sekadar dturunkan sebgai tanda atau mukjizat [al-a'raf:73] kepada nabi Saleh tp jugak merupakan cobaan atau dugaan [al-qamar:27] kepada kaum Thamud. Unta Allah itu dibahagi giliran minum d sebuah perigi dgn mereka [al-qamar:24] dan nabi Saleh melarang kaummnya dari menggangu unta itu dgn sebarang gangguan [hud:64]. Mereka yg ingkar berasa tidak puas hati dan berpakat untuk membunuh unta betina tersebut. Mereka ditawarkan dengan seorg janda kaya yg menawarkan dirinya kepada mereka yg mmbunuh unta itu dan juga seorg perempuan tua yg menawarkan anak perempuannya kepada mereka. Seramai 9 org pergi membunuh unta Allah itu. Seorg dr mereka memanah betis unta itu dan seorg lagi menikam perut unta. kemudian mereka menyembelihnya [hud:65] dan memotong2nya [al-qamar:29]. Dengan perasaan gembira mereka berjumpa dgn rasul Allah iaitu nabi Saleh dan dgn angkuhnya berkata, "Wahai Saleh! buktikanlah ancaman kamu kepada kami, jika benar engkau salah seorg Rasul" [al-a'raf:77]. Nabi Saleh berkata, "Bersukarialah kamu selama 3 hari dan selepas it kamu akan mendapat balasan dr ALLAH. Itu adlh janji yg tidak dpt didustakan" [hud:65]. 3 hari yg diberikan itu adlh tempoh untuk mereka bertaubat tp malang skali mereka yg ingkar masih angkuh dan lalai. Mereka mempersendakan kata2 nabi Saleh namun apabila masuk hari ke-3 mereka mula merasa takut akan ditimpa azab dan bercadang untuk membunuh nabi. Tetapi mereka merancang dan Allah juga merancang dan sebaik2 perancang adlh Allah s.w.t. Kaum Thamud yg ingkar ini telah diazab oleh ALLAH dengan azab gempa bumi dan suara yg kuat. Mereka mati di bwh timbunan binaan [al-a'raf: 78] mereka dan diratakan dgn tanah [as-syams:14]. Azab suara yg kuat itu menimpa org2 yg zalim ini shngga mereka mati bergelimpangan dan hancur lebur hingga seakan2 mereka belum pernah tinggal di kawasan itu [hud:67-68]. nauzubillahi min zalik. Manakala bg org2 beriman pula mereka diselamatkan ALLAH dr kehinaan pd hari itu [hud:66]. Nabi Saleh pergi meninggalkan mereka yg ingkar sambil berkata "Wahai kaumku! Sungguh aku telah menyampaikan amanat Tuhanku kepadamu dan aku telah menasihati kamu. Tapi kamu tidak menyukai org yg memberi nasihat" [al-a'raf:79].



kira-kira jam 130ptg,kami semua bertolak ke Wadi Rum..kalau diikutkan kami sudah lambat dan risau kalau-kalau sampai kat Wadi Rum tu,hari dah malam..alhamdulillah kami sampai dalam jam 4ptg lebih kurang.lepas solat jama' ta'khir,kami terus menempah sebuah jip dan terus meluru masuk ke wadi tersebut..memang hari semakin gelap,dan atas sebab itu kami hanya dibawa ke 1/3 yang pertama wadi tersebut..huhu,sedih jugak tak dapat masuk ke 2/3 yang seterusnya sebab kat situlah baru boleh nampak pasir-pasir halus dan cantik,yang menjadi salah satu sebab kenapa ramai orang nak ke Wadi Rum..takda rez
eki saya dan Sue nampaknya :) (ini adalah kali pertama saya sampai di sini,sebab time first year dulu,Wadi Rum ni banjir so tak boleh masuk)..tapi melihat kepada bukit bukau,gunung ganang yang tersergam indah di Wadi Rum,amatlah jahilnya kami jika tidak memuji akan kebesaran Allah Yang Maha Besar..ibarat sebuah lukisan alam yang memang tidak lain hanyalah dilukis oleh Allah subhanahuwata'ala,Maha Suci Allah yang bebas dari sebarang pertolongan siapa-siapa pun..



hari yang semakin gelap,kami membuat keputusan untuk pulang..pakcik van mencadangkan kami untuk ke Aqabah memandangkan Aqabah hanya 10 minit je dari Wadi Rum,tetapi bimbangkan waktu yang sudah pun dikira lewat itu,kami meneruskan niat untuk pulang ke Irbid..tambahan pula Sue merupakan pelajar dari Alex,di mana Alex itu sendiri terkenal dengan pantainya yang cantik,maka tak perlulah lagi kami ke pantai Aqabah..dalam perjalanan pulang,kami singgah sebentar di Ma'an untuk makan malam dan solat sebelum sampai ke Irbid kira-kira jam 11 malam..alhamdulillah..

p/s:pada hari ini,housemates saya dan Hamra' bertugas untuk melapah daging korban..sori la ye tak dapat join sekali,sedih jugak..tapi dalam masa yang sama,saya sangat gembira kerana dapat bawa sahabat karib saya jalan-jalan kat Jordan ni..dan p
ada hari ini juga merupakan ulangtahun kelahiran sahabat fillah yang sangat-sangat saya cintai,Nik Solihah Mujahidah(saya panggil Kak Nik,padahal sama umur,mungkin sebab rapat kot,hihi)..semoga Allah berkati umurmu dan kerjamu Kak Nik..ameen


20 December 2008

Aidil Adha 2

bismillah..segala puja puji bagi Allah,selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw..

7 Disember
pada hari kedua Sue di Jordan,destinasi pertama yang dipilih untu
k kami lawati ialah UMM QAYS..perjalanan yang bermula kira-kira jam 8 pagi dari Irbid hanya mengambil masa kira-kira 1 jam..Umm Qays terkenal dengan sejarah Tasik Tobari,di mana dikatakan Dajjal akan bangkit lalu menghirup kesemua air dari tasik itu,wallahua'lam..alhamdulillah cuaca sangat baik pagi tu,masuk-masuk je kat main entrance,dah boleh nampak tasik..sangat luas dan besar,subhanallah..(time first time saya datang first year dulu,langsung tak nampak kelibat tasik pun disebabkan cuaca yang agak berkabus..kali ni masuk-masuk je dah terus nampak..alhamdulillah)..Umm Qays suatu masa dulu pernah diduduki oleh masyarakat Uthmaniyah(ottoman),tapi sebelum tu pernah diduduki oleh masyarakat macam-macam..kalo tengok kat binaan Umm Qays ni,boleh nampak 2 jenis warna batu,warna putih(menunjukkan zamam Uthmaniyah dan warna hitam(zaman sebelum-sebelum tu,dibuat dari batu gunung berapi)..


selepas kira-kira 1jam15 minit berada di Umm Qays,kami mula bergerak untuk ke JERASH pula..perjalanan kami yang mengambil masa hampir 2 jam itu akhirnya membawa kami ke sebuah bandar yang sibuk,penuh dan padat dengan kenderaan dan orang awam(mungkin sebab esoknya raya haji kot)..sampai-sampai je,kami terus solat dulu sebelum memulakan ekspedisi :) harga tiket Jerash agak mahal(student Jordan=0.50JD,kalau student dari luar Jordan=8JD),tapi Sue dapat harga Jordan,sebab saya tunjuk hawiyah(student ID) saya dari jauh dan orang tu pun tak check sangat :)


kali kedua saya ke Jerash,tujuan saya kali ini adalah untuk mencari tiang-tiang yang dikatakan 'moving all the time' walaupun kita tak nampak tiang tersebut bergoyang-goyang..mungkin bila first time saya datang dulu,saya tak 'pay attention' kat orang yang bagi penerangan pasal tiang-tiang ni..Dayu kata dulu memang tourist guide tu tunjuk(dengan meletakkan sudu dan sudu tu bergetar-getar)..dan kali ini saya jumpa tiang-tiang tersebut tapi tak dapat menunjukkan bukti yang ianya bergoyang-goyang..saya pinjam seorang tourist guide dari group tourists yang ada kat situ untuk bertanyakan tentang tiang tersebut,dan kata beliau memang tiang-tiang itu sebenarnya bergoyang..dan disebabkan ke'busy'an beliau melayan tourists beliau,maka tak sempatlah nak tunjuk bukti tiang tu bergoyang-goyang(saya pun malas nak kacau lagi,sebab bukan saya yang bayar untuk tour guide tu,jadi tak baiklah pulak..)..cuma ada tambahan dari beliau,tiang tu bergoyang 'due to flexibility'..yakni batu tiang itu telah dicampurkan dengan bahan plumbum yang telah membuatkannya flexible..hmm,lepas ni kena bawak Dayu pulak,suruh dia tunjuk tiang goyang-goyang tu..


selesainya saya solat Asar di Jerash,kami meneruskan pula perjalanan menuju ke LAUT MATI(Dead Sea)yang mengambil masa kira-kira 2 jam,dan plan kami adalah untuk melihat sunset(dan sampai-sampai,memang baru nak Maghrib,jadi memang cun lah view time ni)..time-time sekolah dulu,selalu juga dengar pasal Laut Mati ni..rasanya time belajar subjek Geografi kot..cikgu selalu sebut,"tempat yang paling rendah sekali kat dunia ni ialah Laut Mati ye anak-anak murid.."..
tapi selain terkenal disebabkan ianya adalah kawasan paling rendah di dunia,ada 1 sejarah lain yang perlu kita tahu,malah sewajarnya untuk kita ambil pengajaran daripada sejarah tersebut..suatu ketika dahulu,kaum Nabi Lut pernah menduduki tempat ini..oleh kerana kedegilan dan kejahilan mereka melakukan maksiat (minat dengan kaum s
ejenis atau bahasa lainnya homoseksual) dan kesombongan mereka menerima dakwah Nabi Lut as,maka Allah telah menurunkan azab dan bala kepada mereka..Allah telah membalik-balikkan mereka beserta tanah yang mereka duduki..kisah kaum Nabi Lut diceritakan dalam Al-Quran surah Hud:77-83..wallahua'lam(by the way,Laut Mati juga merupakan salah satu tasik/laut yang menjadi perebutan antara Jordan dan Israel,disebabkan Jordan ni kekurangan air dan Israel pulak cakap Laut Mati tu diorang punya..dan dari Laut Mati,boleh nampak jelas Israel/Palestin yang berada di seberang sana)


kira-kira jam 6malam,kami bersiap-siap untuk pulang ke Irbid..sepanjang perjalanan pulang,dapatlah kami merasai suasana orang Arab nak beraya,banyak terserempak dengan kawasan kampung yang macam pasar malam,penuh dengan orang ramai yang sedang sibuk membeli belah untuk raya..alhamdulillah sampai rumah dalam jam 9lebih malam..Sue siap-siap untuk masak kuah kacang(yang memang sedap)..saya yang sepatutnya menolong housemates masak untuk raya esoknya,terus merebahkan diri sampai tengah malam..pagi esok tu baru mula tolong balik apa yang patut..syukur lillah dikurniakan housemates yang memang memahami,tengkiu2..hihihi