Showing posts with label Hadis Nabi. Show all posts
Showing posts with label Hadis Nabi. Show all posts

15 January 2010

..of being Polite


salam alayk.

Alkisahnya,
Ketika mana Noni dan Faezah nak pulang ke Malaysia.kami pun berwida3-wida3an lah dengan Noni depan umah dia sambil tunggu Faezah datang bawa teksi dari umah dia di seberang jalan sana.

Borak punya borak,sekejap tu faezah pun sampai dengan sebuah teksi berwarna kuning,dan dalam teksi tu dh penuh dengan beg faezah.Faezah keluar sambil cakap.."bonet penuh,kena letak beg kat depan.."

Dengan perasaan geram dan macam nak marah,bersuarakan suara sengau dan serak-serak(sebab tengah batuk n selsema),ku bersuara kat pakcik teksi:''Knape buleh penuh?awak patut tau yang diorang nak pegi airport,awak kena la ready2 kosongkan bonet.Nak letak barang..!"

Ain,Dayu dan lain-lain dah tersengih-sengih,tergelak-gelak tengok gaya orang yang tengah sakit ni,suara pun keluar tak keluar je,tapi masih ada hati nak mengamuk kat orang,hehe..sebenarnya diorang tau dah sebab apa.

Sekali Faezah menyampuk.."Hajar,ni aku baru tahan kat depan tu la..ktorang nak pegi Mujammak Amman la,bukan airport.ktorg naik bas.."

Adoi,termalu la pulak!

"Lain kali,bagi salam dulu..ye.." balas Dayu sambil senyum-senyum perli.
Adoii!kata-kata tu betul-betul tertusuk kat hati..


Moral of the story:

Bukankah Islam dah mengajar kita untuk berakhlak dengan akhlak yang mulia,dan bersopan santun dengan orang lain.. :)
Drpd Abu Dzar Jundub bin Junaadah dan Abu Abdur Rahman Mu'adz bin Jabal r.a drpd Rasulullah s.a.w bersabda:
"Bertakwalah kepada Allah di mana sahaja kamu berada.Dan susulilah keburukan dengan kebaikan yang akan menghapuskan keburukan itu.Bergaullah dengan manusia dengan akhlak yang baik."
Hadis riwayat Tirmizi.


Imam Ahmad dan Abu Daud meriwayatkan drpd Rasulullah s.a.w:
"Orang yang paling baik di antaramu ialah orang yang paling baik akhlaknya."


Sabda Nabi lagi:

"Baikilah akhlakmu bersama orang"Dalam lafaz yang lain"Baikilah akhlakmu sekadar kemampuanmu.."
Bukankan kita telah berjanji setia mengatakan Nabi itu akhlaknya mulia,dan the most perfect role model,sekaligus kita akan mengikut untuk berakhlak seperti akhlak nabi..
"Demi sesungguhnya!Adalah bagi kamu pada diri Rasulullah itu contoh ikutan yang baik"-(Al-ahzaab:21).
Tapi kenapa masih lagi susah untuk kita berakhlak dengan akhlak yang mulia dalam kehidupan kita sehari-harian? Sama-sama kita renungkan.....

27 April 2009

Tetamuku saudaraku

Sabda Nabi Muhammad s.a.w:

“Senyum anda di hadapan saudara anda adalah sedekah. Jangan menganggap remeh suatu kebaikan, meskipun hanya menampakkan wajah yang berseri(senyum) saat anda bertemu dengan saudara anda“.

(Riwayat Muslim)


p/s-renungan buat diri saya sendiri dan kawan-kawan :)

23 April 2009

Assalamualaikum

Dengan nama Allah Yang Maha Memberi Hidayah..selawat dan salam ke atas junjungan besar Nabi Muhammad saw..


sekadar pemberitahuan,
saya telah menukar nombor hp,
nombor baru +962799826831 (line Zain) is now activated.
nombor lama +962777839138 (line Orange) sudah tidak active lagi insyaAllah.
(saya suka nombor 8 dan 9 tu sebab nampak banyak 8 dan 9:))


"Sesungguhnya benar itu ketenangan dan dusta itu keraguan.."-hadis riwayat Tirmizi

07 April 2009

Saya Nak Jadi Orang Beruntung

Dengan nama Allah Maha Pemurah,Maha Penyayang.selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw tercinta..

Alhamdulillah..bersyukurlah kita atas segala nikmat yang telah diberi oleh Allah.nikmat sihat,nikmat bernafas,nikmat masa lapang..dan yang paling penting nikmat Iman dan Islam.

Tiba-tiba saya lapar.lepas makan terus saya rasa kenyang.alhamdulillah.

Bila saya rasa haus,saya minum air sejuk.fresh punye.lepas tu tekak pun lega,hilang rasa haus.alhamdulillah.

Malam-malam saya selalu menggigil lagi-lagi time winter.sejuk.terus on kan sobah,bungkus masuk dalam selimut tebal.aaaaah,suam...panas,dah tak menggigil dah.alhamdulillah.

Kadang-kadang bila selesema,hidung asyik tersumbat je.tension!.nak study pun kena bernafas guna mulut.last-last sapu Vicks banyak-banyak kat hidung.terus boleh bernafas.alhamdulillah.

Siapa yang jadikan saya kenyang?siapa yang membuatkan rasa haus saya hilang?siapa yang membuatkan saya tak rasa sejuk lagi?siapa yang bagi saya bernafas dengan elok balik?adakah semuanya terjadi secara semulajadi?

Allah..Allah..Allah..

Allahlah yang buat saya rasa kenyang.Allah yang buat haus saya hilang.Allah yang bagi badan saya panas balik.dan Allah jugalah yang melegakan hidung saya yang tersumbat.

Allah.Dia Tuhan Pemilik badan saya..saya tak berkuasa pun atas badan saya,tapi Dialah yang berkuasa.semua itu terjadi sebab Dialah yang buat ia terjadi.

Dan sepatutnya 'semulajadi' itu tidak wujud,sebab semuanya Allahlah yang aturkan dan arahkan untuk ia berlaku.


Merugilah saya jika saya tidak menyedari hakikat ini.hakikat bahawa Allah itu berkuasa ke atas saya.hakikat bahawa seluruh tubuh saya adalah milik Allah.

Maka dengan sebab itu saya tak boleh guna tubuh badan saya dengan sewenang-wenangnya.sebab nanti Tuan saya soal saya balik.

Dan yang paling penting..
sebab badan saya sendiri pun bukan milik saya..tak malu ke saya?


Diriwayatkan daripada Abu Hurairah r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda: "Dua kalimah yang ringan di mulut, tetapi berat di timbangan, serta disukai oleh Allah Yang Maha Pengasih iaitu SUBHANALLAHI WA BIHAMDIH,SUBHANALLAHIL 'AZEEM " [HR Bukhari&Muslim]

27 March 2009

Missing Them

Dengan namaMu Ya Allah,Yang Maha Menyatukan Hati-Hati Manusia..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw..

hari-hari saya semenjak dua menjak ini tersangat-sangatlah penuh dan sibuk..sehingga saya rasakan 'rumahtangga' saya sendiri pun saya tak sempat nak jenguk sangat..hanya mampu selesaikan apa yang tercapai dan termampu je..housemates pun saya rasa macam dah lama tak jumpa walaupun duduk serumah..siang balik kelas,malam keluar balik..hujung minggu apatah lagi..dari pagi ke petang..moga segala urusan saya dan kawan-kawan dipermudahkan oleh Allah,dan semoga semua usaha dan kerja ini dikira sebagai ibadah dan diberkati oleh Allah..dan semoga housemates saya faham dan memaafkan saya atas perkara ini..(n_n)


sebenarnya...

dalam sibuk-sibuk tu pun..

saya..

saya..

saya sangat merindui mereka..dah lama nak sebut,tapi segan.hihi..rindu ahli-ahli Balqis+Hamra' huhu..kalau keluar rumah je,rasa nak balik cepat-cepat :))..takpe,lepas ni bila semua dah free,kita pegi jalan sama-sama insyaAllah..

Indeed, You’ve known
that these hearts have bonded
forgather under Your love’s shelter
gathering in obidience
allied in struggling
uphold Your order in this life
Strengthen the bonds
everlast the loves
show the ways
enlighten with Your light
which never inextinguishable
O Lord.. guide us
broaden our hearts
with grant of belief
and the beauty in trusting to You
revive us by knowing You
give us death as the martyr in Your path
You’re the Protector and Defender

(lagu Doa Rabithah-Izzatul Islam-english translation)

Nabi saw pernah cakap:
"Kalau seseorang tu mencintai saudaranya maka hendaklah dia memberitahu kepadanya.." [HR Abu Daud & Tirmizi]

tapi saya tak pernah cakap pun yang saya cinta kat mereka..

kawan-kawan;ziela leya dayu noni ain ayman..uhibbukunna fillah!!(i love u all)

p/s: suka sangat lagu ni Doa Rabithah tu..mengingatkan kita bahawa ukhwah tu bukan pada jasad..tapi pada hati, yang berukhwah kerana Allah..jadi bila badan ada ke takda ke,hati akan sentiasa merindu kat kawan-kawan kita..dan siapa-siapa yang sayang kat kawan-kawan dia,jangan lupa cakap kat mereka ye..!


hajar,
hujan renyai-renyai,
9:19pm,Irbid.


27 February 2009

Muhasabah Masa dan Usia

Alhamdulillah,segala puji bagi Allah..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw..

Hari ini(27Feb09),merupakan ulangtahun kelahiran adik saya,Ahmad Ibrahim..baru 19 tahun,'kecik' lagi rasanya...Kaklang doakan dengan penuh kasih sayang,semoga segala apa yang Achik buat mendapat faedah kepada diri sendiri dan orang lain dan yang paling penting,mendapat keberkatan Allah dan ibu bapa..semoga Achik menjadi doktor yang cemerlang,ameen..



Bercakap berkenaan usia,baru-baru ni ada terbaca buku La Tahzan versi Melayu..saya tertarik dengan satu tajuk tentang masa kosong kita,dan sesuailah untuk direlatekan dengan masa dan usia kita..Dr Aidh Abdullah Al-Qarni berjaya relatekan,macam mana masa kosong dan lapang kita mampu membawa kita kepada kemusnahan hidup..:

Usirlah kekosongan dengan kesibukan.

"orang-orang yang banyak menganggur dalam hidup ini,biasanya akan menjadi bahan gossip dan desas-desus yang tidak bermanfaat.Ini kerana,akal fikiran mereka selalu melayang-layang tidak tahu arah..Dan
"mereka suka tinggal bersama-sama orang yang ditinggalkan..(kerana uzur)" (At-Taubah:87)""

"Saat paling berbahaya bagi akal ialah apabila pemiliknya menganggur dan tidak berbuat apa-apa.Orang seperti itu,ibarat kereta yang berjalan dengan kecepatan tinggi,tanpa pemandu;akan mudah terhuyung hayang.."

"Apabila pada suatu hari anda mendapati diri anda menganggur tanpa kegiatan,bersiaplah untuk bersedih,gundah dan cemas!Sebab dalam keadaan kosong itulah fikiran anda akan menerawang ke mana-mana dari mengingat kegelapan masa lalu,menyesali kesialan masa kini,hingga mencemaskan kelamnya masa depan yang belum tentu anda alami..Dan itu,membuat akal fikiran anda tidak terkendali dan mudah terlepas dari kawalan.Maka dari itu,saya nasihatkan kepada anda dan diri sendiri bahawa mengerjakan amalan-amalan yang bermanfaat adalah lebih baik daripada terlarut dalam kekosongan yang membinasakan.Kesimpulannya,membiarkan diri dalam kekosongan itu sama halnya dengan bunuh diri dan merosak tubuh dengan dadah.."

"Menganggur dapat melalaikan diri,dan sunyi dari kegiatan merupakan pencuri profesional,sedangkan akal anda adalah perwira yang dapat melawan dan mengoyak pertempuran khayalan ini.."

Hadis Nabi saw:
"Antara kesempurnaan Islam seseorang ialah dia meninggalkan sesuatu yang tidak berkaitan dengannya.."

Saya teringat kata-kata Dr Mustafa Al-Bugha dalam kitab karangannya Al-Wafi ketika mengulas tentang hadis ni,mafhumnya:
menyibukkan diri dengan perkara-perkara yang tak berkaitan ni(including buang masa kosong),akan melalaikan seseorang daripada menunaikan kewajipan dan tanggungjawab sebenar mereka..itu tanda kelemahan fikiran dan bukti kita ni tak ikut pun akhlak Nabi Muhammad saw,sebab baginda tak pernah berhenti daripada bekerja pun..tidur setiap hari pun berapa jam je,sebab risaukan tanggungjawab yang banyak terhadap Islam..dan sibuk dengan something yang tak berkaitan juga merupakan tanda-tanda ketidakcukupan sifat seorang Muslim dalam diri seseorang tu(berdasarkan hadis ni)..


Dr Aidh Al-Qarni menyeru lagi:
"Kerana itu,bangkitlah sekarang juga,kerjakan solat,baca buku,bertasbih,mengkaji,menulis,mengemaskan meja kerja,mengemaskan bilik tidur,atau berbuatlah sesuatu yang bermanfaat bagi orang lain untuk mengusir kekosongan itu!Ini kerana aku ingin mengingatkan anda agar tidak berhenti sejenak pun dari melakukan sesuatu yang bermanfaat.."

Jom muhasabah balik,umur kita selama 21tahun ini(saya la),apakah yang telah kita buat?banyak masa kosong ke atau semua masa kita terisi dengan perkara yang bermanfaat?..dan umur kita yang mendatang,yang belum tentu pun panjang ke tak lagi,jangan kita biarkan ia kosong..jangan biarkan masa pemuda kita berlalu begitu sahaja,yang membawa kepada penyesalan pada masa akan datang..

Ingatlah nasihat Rasulullah ni:

"Di antara tanda-tanda Allah berpaling daripada seseorang ialah Dia(Allah) menjadikan kesibukannya pada perkara yang tidak berkenaan dengannya..",dalam erti kata lain;buat kerja tak berfaedah sampai lupa diri dan tanggungjawab..semoga kita semua dijauhkan dari perkara-perkara seumpama itu.wallahua3lam

p/s:kerja-kerja dalam checklist semua tak bertanda lagi nih,huhuhu..bila la nak habis tanda semua yang dalam checklist tuh..



01 January 2009

Aidil Adha 8

dengan nama Allah Yang Maha Pengampun..selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad saw..

13 Disember

okay.kami berakhir dengan tidur di rumah Ust Arman+Ustz Suriyani..kami bermula hari ini dengan..bangun Subuh..bangun lewat 30 minit dari azan Subuh,bangun-bangun je kedengaran suara imam mengangkat takbir sembahyang..rupa-rupanya Ust Arman berjemaah dengan family dan anak-anak dia even time Subuh..subhanallah,anak-anak dia bangun semua untuk berjemaah bersama-sama dengannya(memang c
ontoh Bait Muslim yang bagus)..kami?ada je dengar bunyi pintu dibuka(mungkin oleh anak perempuannya),tapi mungkin kerana nampak keletihan,dibiarkan kami tidur barang seminit dua..lepas tu,kami pula bangun dan berjemaah sesama kami saja.selesai solat,semua bersiap-siap;plannya untuk pulang right after that..tapi,keluar-keluar je bilik,dengar bunyi macam ada orang tengah masak kat dapur..ermm,dia nak masak sarapan untuk kami sekali..kami delay dulu niat kami untuk pulang..so kami pun tolong lah ustazah kejap apa yang patut..berkenal-kenal,sambil borak-borak..anak-anak ustaz yang pada mulanya malu-malu,segan-silu..lepas beberapa ketika,terus jadi peramah..memang keletah,lagi-lagi si Aisyah tu(baru 5 tahun).biasa la tu,mula-mula nak kenal,memang malu sikit,lagi-lagi budak..anak ustaz seramai 4 orang;Alifah_____,Amirah Shakirah,Abdullah Nafisi,Aisyah Syamilah..semua lawa-lawa,cantik..yang si Amirah tu(umur 10 tahun),time kami keluar bilik lepas solat Subuh,nampak dia tengah baca buku 'Kelebihan Solat Subuh'kat ruang tamu,terus terkesima..bagus.

selesai kami membantu ustazah masak,sarapan pun dihidangkan,makan Nasi Lemak(memang sedap,lagi-lag sambal dia).kami makan sekali dengan anak-anak ustaz..time ni ustaz takda lagi,dalam bilik kot..tengah kami makan tu baru ustaz datang ke dapur makan sekali..sempatla jugak borak-borak kisah-kisah time kat
Maahad dulu..ustaz memang tak banyak berubah.cuma anak-anak dia je yang membesar..hihi.habis makan,kami sambung lagi borak,cerita pasal elaun la,pasal balik Malaysia la,pasal wallet yang hilang la,pasal MSD/JPA la..hihi..sehinggalah kami memohon untuk pulang..sebab semua orang pun ada banyak kerja(lagi-lagi Dayu yang nak exam time tu).saya pun nak cepat-cepat balik,nak block kad bank kononnya(lupa yang hari tu hari Sabtu,bank tak buka),nak hantar laptop kat ustaz Nizam lagi(laptop rosak..huhu,banyak betul dugaan,astaghfirullah..).so dalam jam 9 pagi,kami bertolak pulang ke Irbid(time tu masih mengenangkan wallet yang hilang tu,tapi redha je lah..Allah nak suruh beli wallet baru tu,hihi)..

kami sampai di Irbid dalam jam 11pg..sampai-sampai je di rumah,kemas-kemas diri,rehat dulu..lepas asar tu,dah janji nak hantar laptop yang rosak kat Ust Nizam.balik je dari hantar laptop,singgah dulu beli wallet baru kat Shu Hilu(tak sampai 24jam lepas kehilangan wallet!!),haha..sampai rumah dalam jam 3petang,baru je nak start baring(rehatla konon)...tiba-tiba....

handset berbunyi.."Marhaba,Madam Hajar??".."yes i am".."we are from Max,we just want to tell you that we found your wallet..red colour with your ID in it.."..alhamdulillahhhh,sangat-sangat gembira!!saya tanya pengurus Max tu(orang yang call tu,nama dia Mr Tanwir,bukan orang Arab),barang-barang penting saya masih ada lagi tak?dia jawab dia tak check yang lain-lain,just ID Card je..dan dia suruh saya tuntut dulu,then baru boleh buka sama-sama untuk check apa yang hilang..

tuntut??hrmm,saya berfikir kejap..tuntut??maksudnya saya turun Amman lagi untuk ambil wallet?hmm..jam hampir menunjukkan pukul 315 petang..mahgrib dalam jam 430malam..hmm,pergi esok je lah..lepas tu saya fikir balik,dalam tu ada kad bank dan iqamah,saya kena juga ambil untuk check ada ke lagi barang-barang tu dalam tu..maka saya ambil keputusan untuk ke Amman!!waah..dan kali ini saya pergi berseorangan..malas nak susahkan housemates dan kawan-kawan..maka saya terus bersiap-siap,ambil teksi ke Mujammak Amman Jadid,dan seterusnya ke Amman dengan niat hanya satu..HANYA SATU!!untuk tuntuk wallet,lepas tu terus balik,tak da singgah mana-mana,shopping mana-mana..dan masuk kali ini,dah 3 kali saya ke Amman dalam masa 4 hari!!mashaAllah..

sepanjang perjalanan saya hanya mampu berdoa dalam hati,semoga Allah melindungi saya..minta-minta takda perkara yang diingini berlaku,dan saya dah siap bawa duit tiket flight saya sebagai back-up(sebab kad bank takda kan..).saya sampai Mecca Mall,Amman sekitar Maghrib.sampai je sembahyang dulu,beli makanan sikit kat kedai bawah tu dan terus meluru ke guard kat pintu masuk Max tu..sampai-sampai je orang tu dah kenal.."Madam Hajarr!!" katanya..malu pun ada,siap kenal nama lagi..dia pun terus bawa saya ke pejabat pengurus Max dan di situ saya berjumpa dengan Mr Tanwir..memang sah lah wallet yang dijumpai itu adalah kepunyaan saya.dan saya buka dan check satu-persatu semua isi dalam wallet tu.alhamdulillah barang-barang penting semuanya ada..kecuali duit..saya tak kisah duit tu tak da,asalkan kad bank dan iqamah saya ada..saya tanya Mr Tanwir,mana jumpa wallet tu,katanya ada seorang pekerja Max menjumpai wallet tersebut di celahan baju-baju time bersihkan kedai pagi-pagi..hmmm,sahla..saya memang tak bawa keluar kat Max,dan memang hilang kat Max..saya pun tak tahu macam mana wallet tu boleh terkeluar dari beg,orang ambil ke atau jatuh ke..serahkan pada Allah..hanya Allah Yang maha Mengetahui..

lepas Mr Tanwir minta sedikit laporan dari saya mengenai kehilangan wallet tu,terus dia memohon maaf bagi pihak Max dan berasa kesal kejadian tersebut berlaku di premisnya..(ingatkan dapat barang free satu,tapi takda pun,hihi..)..terus saya ambil teksi untuk ke Mujammak Tabarbur untuk pulang ke Irbid..nampak lagi budak Melayu,tak kisahla,dah nak balik pun..time tu memang kejar masa sangat-sangat,sebab takut bas balik Irbid dah takda,tak pasal-pasal kena tidur rumah Ust Arman lagi..sepanjang perjalanan balik,tak henti-henti memanjatkan kesyukuran,tanda gembira dan terima kasih pada Allah,semuanya selamat..

sampai-sampai je,terus disambut Ziela..dia terkejut bila tau yang saya ke Amman seorang diri..dia pun tau sebab saya mesej dia time kat Amman..ye la,risau juga sorang-sorang,so bagitau kat housemates..alhamdulillah dan lega dah sampai Irbid dengan selamatnya..dan alhamdulillah juga,tak perlulah saya report pasal iqamah dan kad bank yang hilang,sebab dah jumpa,hihi..(tapi dah beli wallet baru..wallet yang hilang tu saya simpan jadi kenangan,dah lama lagipun,beli time 2006 time duduk Kelantan dulu)..alhamdulillah..

teringat hadis Nabi saw..sama-sama ambil pengajaran,jangan buat macam yang saya buat tu,banyak bahaya dari baiknya..wallahua'lam

"kalaula manusia ni tau bahaya bermusafir sendirian sebagaimana aku tau,tentu mereka ni taknak bermusafir sendirian.."-hadis Nabi saw